The First Week

 



Genap seminggu lepas habes MAP (Majlis Aluan Pelajar)

Seminggu pertama yang pelik, mungkin hahaha. Sebenarnya lebih kepada janggal.

Semua baru bagi aku. Pesekitaran yang baru, lecturers baru, budak baru tak ramai ah sebab pusing kiri pusing kanan budak asasi jeeee hahahaha. 

So tahun ni aku ambil subjek Biochemistry, Analytical Chemistry, Kelab Usahawan, Microbiology, 
Statistics for biology, Tamadun Islam dan Tamadun Asia and lastly Cell Biology.

Bila aku tunjuk jadual aku kat membe, dia cam "Asal macam susah je subjek kau" K baik kau diam dari terus buat aku cuak je.

Tbh, aku agak cuak la tengok semua subjek Biotech ni tapi ini kan impian aku, kenapa aku nak takut pulak kan. Patutnya aku guna peluang yang ada ni. Bukan semua orang dapat kos yang dia nak. *k jana sedapkan hati dia

Cerita hari-hari pertama..

Biochemistry

Jadual kata pukul 10.00 pagi. Aku dan Sabrena jalan menonong baik punya macam la tahu kelas kat mana. Tetiba akak ni mungkin perasan kami sesat 'Ni nak pegi mana eh?' Hahahaha cett fail nak buat muka konon konon tahu kelas kat mana. Buat malu je hahhaha

K bukak pintu dah ramai. Sesat kan. Lambat la jadinya haha

10 minit..lecturer tak sampai lagi. 20 minit..tak sampai lagi jugak. Sejam..masih tak sampai. Tetiba je sorang mamat ni bangun 'Ladies and gent i guess our lecturer is continue sleeping so i guess i also want to continue sleeping' Pastu dia blah.

Semua dah pandang-pandang. Dia jangan ada yang start je. Jakgi semua bangun. Sekelip mata je bilik tu kosong orang balik. Dasyat.

Analytical Chemistry

Bila masuk kelas je majoriti memang asasi lah. Dah tak boleh nak cakap apa. Haha. Semua gua kenal.
Sekali lecturer masuk. K tak rupa melayu. Mungkin mix. *first impression. Lepastu dia macam lain macam je sepanjang kelas tu. Kitorang lak dengan bagus nya diam tak terkata. Fokus kononnya. Jakgi dia bersuara, katanya inilah first time dia mengajar di Unimas dan kami lah kelas pertama dia. K paham.

Lepas dah macam tak awkward sangat tu. Kami pun mula la tanya nama dia dari mana bla bla bla. Dr tu dari Kashmir, India. Bollywood kot hahaha. Bak kata membe aku, macam Aamir Khan. 

So yeah, cemana pun kelas Analytical Chem ni seems hard for me. *sigh

Kelab Usahawan

Kami takde official kelas lagi minggu pertama tu. Cuma briefing sahaja. Ketua kelab tu, Dr Farah cerita yang we gonna have a big project on online business. So kira kelab usahawan unimas tahun ni akan fokuskan kepada bisnes online yang mana aku rasa sangat menarik, tak guna banyak kos dan semua orang boleh berniaga. 

Untuk tu, aku masih berfikir nak jual apa. Nak jual apa eh? 

Microbiology

Kami agak lambat sebab baru je habes briefing kelab usahawan tu. Bila bukak pintu kelas, semua orang macam stare dekat kami. 'Aku ni salah kelas ke' Kitorang masuk je kelas. Ambil tempat duduk. Duduk depan. Lepastu aku cakap dengan Sab cek jadual betul ke kelas ni and she said betul la. 

Then, lecturer masuk. 'K semua tahun 1 ke' 'Tahun 2!' K now i know, padan ah awkward gila, takde muka asasi. Rupanya aku dengan Sab je yang Asasi, yang tahun 1. Satu benda lagi yang pelik. Kelas kitorang sikit gila. Sekali lecturer cakap,

'Kelas saya ada 14 orang je' and she starts counting. Perghhhh 14 je. 14 , 14? Hahahaha nombor yang amat sikit aku rasa. Time asasi dulu pun 150+ dalam kelas. K over. Tak lama tu ada lagi 2 orang budak asasi lambat masuk. So total kami 4 orang. kbai haha


Statistic for Biology

Ingatkan tak jumpa dah maths. Jumpa jugak lagi. Dan macam lebih seram dari Maths, lebih gerun dari Addmath. Dan orang kata killer subject oi ni. K cuak. 

Kami cuma belajar intro je dan lecturer tu sumpah sempoi gila. Kira enjoy la hehehe

Cell Biology

Berkuliah di Bilik Seminar yang mampu membuatkan tulang beku. Berjumpa lagi dengan segala macam rupa komponen cell cell. Dr tu best sporting and she love have an interaction with the students. So bagus ah kan. Subject berat cemni kalau tengok slide je sudah nya slide yang tengok students. Hahaha. 

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Siapa sangka sejarah masih perlu wajib dipelajari di sini. Bak kata lecturer tu, ini subjek wajib mana-mana universiti. K paham penting dia. Sejarah mungkin berulang. Jadi kita lah yang kene belajar sejarah untuk mengetahui dan mengekal kan tamadun cehh. 

Berat mata memandang, berat lagi mata yang memikul mengantuk nya haha. Biasa lah kelas sejarah mana tak mengantuk. Itu baru intro. So lepasni kene siap siap mentos sedozen, makanan ringan sikit dan mungkin air yang sedap sedap haha.

Seminggu pertama sebagai seorang pelajar ijazah sarjana muda.

Keterujaan yang amat sangat. Mungkin sebab masih baru. Aku rasa kalau dah masuk second year, third year dah tak rasa apa lah kan. 



So yeah, penat aku merepek. Haha. #PrayforJana #BiotechLife 

Kbai. Jaaaa 

XOXO