Skip to main content

Travelog : Bandung Indonesia

 
Hi guys! 
K dah lama nak merepek di sini. So yeah rasa macam nak menulis panjang malam ni hehe

Actly aku pergi melancong beberapa minggu lepas dengan mak aku ke Bandung Indonesia. Serious best! Barang murah , makan sedap! Just perfect! Haha

Aku join travel agency so percutian ni jadi lebih mudah dan selesa sebab semua urusan kat Bandung travel agency dah setel kan. Oh korang kalau nak melancong jugak boleh la usha ni Solehah Travel :)
Flight aku pukul 6.30 macam tu so yeah aku kene bangun pagi gilaaaaaaa! 

KLIA 2 sangat ohsem tak terkata besau dia dan yeah penat berjalan weh. Sebabnya terlalu besau haha naseb lah.

Perjalanan mengambil masa 2 jam 15 minit lebih kurang. Memandangkan hanya Air Asia yang offer penerbangan ke Bandung so yeah terpaksa la kan. Kalau flight tu time makan aku suggest korang order la makanan sebab memang lama atas awan tu. Aku tido bangun tido balik pun tk sampai jugak lagi hahaha

K waktu dah sampai tu aku terkejut sesangat sebab airport dia kecik gila. K jangan riak. Imegresen boleh tahan lama sebab orang ramai. Bila dah setel sume , bila keluar dah ada orang tunggu kami. So apalagi , berjalan lah! 

Memula sampai kami ke Restoran Makanan Padang dulu isi perut. Lapar kot --'

The best thing about Bandung is makanan dia. Mintak la sambal apa pun sume sedap! Yang nampak lada menyala-nyala pun bila makan perghh tak pedas pun. Pandai diorang ni masak.

Lepas dah kenyang tu kami pergi la jenjalan. First visit , Toko Tiga. Toko Tiga ni dia jual barang-barang branded yang seriously jauh lebih murah dari Malaysia. Kalau nak beli Jeans pun sini lah tempat paling sesuai. 


Lepastu kami check in hotel. Kami menginap di Hotel Grand Malabar. K cite pasal hotel ni , hotel ni super selesa , servis pun okay. Satu je yang tak best, breakfast. Breakfast dia memang orang Malaysia tak boleh telan la. Susah nak describe tapi agak tk lalu makan la. So yeah lets proceed. Hehe

Dah simpan bag sume , kami keluar lagi. Kali ni kami ke Heritage pula. Heritage ni pun factory outlet yang jual barangan branded pada harga murah. Duit kita yang besar tu yang rasa macam murah. Tapi aku rasa kedai macam ni orang kaya Indon je masuk. K aku rasa lah.

Oh bila dah habes shopping situ , kami pun lapar! Haha. Kami ke Kedai Belacan untuk dinner. Agak awal sebenarnya tapi sume dah tak keruan. Penat berjalan membuatkan cepat lapar hehe



Kedai Belacan sangat ohsem makanan dia memang selera la. Tiptop! Disebabkan kami join travel agency so makan sume dia yang order dia yang bayar so kami makan je. Tapi bila kami try tengok menu hmm bila tengok price makanan kat situ and after convert it hmm boleh kata mahal jugak la dekat situ. K fine la restoran standard. Belasah la asalkan sedap hohoho



Tempat makan dekat sini memang ohsem sedap dia. Sangat lah puas hati. Sedap dan murah. Tempat makan pun cantik dan selesa. Ada satu hari ni kami makan seafood memang rasa nak nangis aku termakan cili dia hahaha



Hari hari seterusnya kami ada ke Jalan Riau. Jalan Riau ni banyak la benda murah boleh beli. Kasut , beg , t-shirt , memacam la. Haha

Lepastu kami pergi satu pekan ni jual kasut je. Sepanjang-panjang jalan tu jual kasut je. Dasyat! 

Last day sebelum balik , kami ke Tangkuban Perahu. Bekas gunung berapi. K busuk tau bau belerang aku tahan kan saje. Memandang kan tempat gunung berapi tu di kawasan tanah tinggi so dekat situ memang sejuk. Sejuk ala-ala Cameron Highland cemtu. Dekat situ pun ada pasar so sesapa yang last minute shopping boleh lagi la nak shopping sesikit guna baki duit yang tinggal hehe

Dalam perjalanan ke airport tu kami sempat juga singgah ke ladang strawberry dan blueberry dan raspberry. K banyaknya berry haha. Aku tengok strawberry tu tak pelik sangat. Cuma bila tengok blueberry dengan raspberry rasa nak try makan. Aku pun beli la. Harga dia cuma 20,000 Rp hmm dalam RM6 la so okay la kan besau jugak bekas dia.

Pengalaman 4 hari 3 malam di Bandung memang ohsem. Serious kene bawak duit poket lebih sikit nak pergi Bandung ni. Aku boleh simpulkan yang Bandung ni taman shopping buat shopaholic sekalian haha