Skip to main content

Respect

 
31 March 2014.

Salam cantik sekalian! 

Ya , aku amat busy sekarang , kalah menteri-menteri Malaysia ni haha. Well , hari ni tangan gatal nak menulis something. So here you are. Haha.

Respect. Ya , rasa hormat. Apa yang kita paham pasal respect ni ? Bagi salam dekat senior masa duduk asrama dulu-dulu ? Jalan tunduk depan orang tua ke cemana lagi?

Kita ni dari kecik dah di ajar untuk meng-hormati orang yang lebih tua dari kita. Tak kisah la siapa pun dia. Itulah nama nya hormat kan.

Nak cerita beberapa hari lepas aku berborak dengan kawan aku ni , 

" Kau tau tak makcik cafe tu baik gila dengan aku"

" Yeke? Macam tak percaya je. Makcik tu kan garang, muka ketat je"

"Betul lah. Dia baik tau"

"Hmmmm kenapa dengan kau je. Aku tak pernah pun. Apa kau dah buat?"

"Tak buat apa pun. Macam biasa jelah"

"Takkan la. Cuba cite apa kau buat kt dia?"

"Tak buat apa pun lah. Cuma tegur dia selalu. Pastu tanya-tanya kabar macam tu."

"Haaaa. Itu lah tu. Sebab tu dia suka kau. Kau baik dengan dia"

Kita ni kan suka jugde orang kan. Suka. Hobi. Gemar. Memang habit la boleh cerita. Kita memang seronok mengata sana sini. Lepastu kita marah bila orang layan kita tak sepatutnya , dingin. Tapi apa yang kita buat tu betul ke? Respect ke macam tu?

Bila aku fikir balik. Mungkin selama ni bila aku membeli makanan aku secara tak sengaja buat makcik sakit hati ke apa ke kan. So aku rasa macam bersalah pun ada jugak. Yang geng tak sudah-sudah mengata dia tu hmmm berubah lah. Mengata punya mengata kat situ jugak korang cari makanan bila lapar. Hmm

Jadi sejak tu aku tekad nak buat baik dengan makcik tu hehehehe. Paling teruk pun aku senyum jelah. Senyuum je pandang makcik tu hehehehe. Sebab aku tak reti sangat nak bermanis mulut ni.

Guess what?

Semalam makcik tu bagi diskaun kat aku hehehehehehehehehehe

"We must respect others to earn respect"