Sayonara 2013

Assalamualaikum..

Hai :)
Sem 2. Kesibukan melanda lagi dan lagi.Tak sedar dah masuk tahun baru. Eh? Dah 2014? K fine hambar. Haha

Semua duk sibuk fikir azam tahun baru bagai. Azam tahun lepas dah setel? Hmmm. 
Sedar tak sedar kita pun dah bertambah tahun. Dah semakin tua. Dan semakin menghampiri mati. Bunyi macam serious sangat kan? Tu lah kita ni memang tak boleh terima kalau orang cakap pasal mati. Kenapa? Lu pikirlah sendiri :)

2013.

Banyak perkara yang berlaku sepanjang 2013 sebenarnya. Perkara yang mengajar aku erti kehidupan dan persahabatan. Terasa macam nak flash back 2013 kejap harini. Hewhew

1. Keputusan SPM
 
Mac. Terasa macam baru semalam je aku ambil result. Haih lawak je bila teringat saat dan ketika aku dapat result tu aku menangis bagai nak rak sebab tengok result Chemistry aku. Sedih weh! Parents aku dah risau dah ingat aku dapat teruk sangat. Well , teruk la tu , bagi aku --' 
Apa-apa pun aku tetap bersyukur. Peace :)

2. Matrik dan Asasi

Lepas result keluar semua orang pun termasuk aku excited tunggu panggilan. Yang paling femes ames mesti lah matrik dengan asasi. Haha. Aku punya lah isi nak pergi jauh sikit jakgi aku dapat Matrikulasi Gambang , Pahang. Entah kenapa , hati ni kuat mengatakan jiwa aku bukan kat sana. Jadi aku tunggu lagi keputusan UPU keluar. And thats it! Aku dapat UNIMAS dalam Asasi Sains Hayat. Fly-fly awayyyy! hehehe

3. Daftar UNIMAS

Jun. Aku ingat lagi. Bulan 6 aku masuk daftar Unimas. Aku teruja sangat sebab first time naik kapal terbang. Tapi bila dah naik tu rasa macam naik bas je. Hahahaha. Last-last aku tido jugak. Time tu aku pergi daftar dengan Atam je. Time tu kebetulan abah pergi umrah. Memang sedih pun bila fikir orang lain semua satu keluarga besar yang datang hantar. Tapi aku , hmm redha jelah. 
Apa-apa pun Unimas memang best! Unimas Gemilangg! Hewhew

4. Tunas Potensi

Aku dapat e-mel yang menyatakan aku boleh dapat biasiswa. Mula-mula tu aku tak bagitahu parents pun sebab yelah aku pun rasa macam takkan dapat je. Aku amek je exam online tu. Tak sangka pulak aku lulus dan di panggil utk interview. K aku teruja gila. Lepastu baru lah aku call mak dan cerita semuanyaa. Jadi aku pun balik pergi interview dan Alhamdullilah dapat. Tapi lepas dapat tu aku macam tak happy tau. Aku dapat Universiti Swasta jadi macam susah sikit mak abah aku nak benarkan. Mulanya memang dorang galakkan aku terima biasiswa tu tapi lama-lama dorang pun macam berat hati nak kasi. Jadi dengan tenang hati nya aku tolak biasiswa tu. Aku percaya itu bukan rezeki aku. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui :)

5. Team Usrah

Alhamdullilah. Aku masuk Unimas ni baru aku tahu benda-benda macam usrah semua ni. Serious benda ni best. Bulatan keluarga yang sama-sama bantu antara satu sama lain untuk mentarbiyah diri dan saling membantu untuk menjadi insan yang lebih baik. Dapat tambah banyak ilmu terutamanya tentang Islam itu sendiri. Aku enjoy dapat join usrah ni. Dapat kawan baru , dapat ilmu baru. Terasa macam dapat belajar banyak benda. Setiap minggu ada je aktiviti kitorang buat. Qiam , Kem kanak-kanak , jumpa masyarakat , ceramah dan macam-macam lah. Senang cite memang terisi lah cuti-cuti dekat uni ni. Hihi

6. Hari Raya Aidiladha

Pertama kali beraya di perantauan. Haha. Walaupun cuma Raya Haji tapi perghhh sedeh gila! 
Airmata itu bak air paip tatkala mendengar suara takbir bergema. Hari-hari jugak lah bocor paip airmata aku. Hihihi. Pagi-pagi dah tunggu bas nak pergi solat raya. Lepas solat beratur lepastu sarapan habes! Balik kolej tinggal roti je yang dijual! Pagi raya dah sayu dan sedih ! Haha.  Memang aku takkan lupa lah.

7. Berakhirnya Semester 1 Asasi

Pejam celik pejam celik dah habes satu sem. Serious laju habes! 
Memandangkan result sem 1 yang tak berapa nak comel jadi azam aku kuat untuk tebus balik result buruk tu dalam sem ni. In shaa Allah :)


 


2013 hanya tinggal kenangan.
Semoga 2014 membawa lebih banyak pengalaman dan kenangan manis.

Sayonara 2013 ~