Skip to main content

Alhamdulillah

 

Hectic week.
Super duper hectic week.

Tekanan demi tekanan aku terima minggu ni. Dengan assignments yang belambak dan semuaa nya kene hantar minggu ni jugak. Quiz , test , mid sem exam lagi minggu depan. *sigh*

Kadang-kadang kita rasa kita ni kuat tapi sebenarnya kita memang takkan boleh tahan tekanan tu sorang-sorang. Kita akan cari jugak sesorang untuk luahkan perasaan. Ya , aku pun tak kuat.

Tetiba terfikir nak call membe aku padahal blok dia seberang je. Malas punya pasal kan. Haha
Time tu lah semua nak keluar. Marah , bengang , stress dan macam-macam lah. Dia di talian cuma diam , menjadi seorang pendengar setia. Satgi dia cakap ,

"If we were truly people of "Alhamdullilah" we wouldn't find the time , energy , or motivation to complain"
 
-Nouman Ali Khan-

Aku terdiam.

Sentap jugak lah.
Phrase tu buat aku terpikir dan terus berfikir. Kan? Kenapa kena complain kalau betul kita orang yang bersyukur? Kenapa masih kita kena fikir benda yang kecik untuk dibesar-besar kan.

Aku manusia biasa. Tak sempurna. Sentiasa buat kesalahan.
Sepatutnya aku bersyukur dengan segala nikmat yang Allah yang bagi pinjam. Bukan mengeluh. 
 
Thanks kawan. You woke me up! 



Jadi , lupakan segala kedukaan. Lupakan semalam , pandang ke hadapan! Yosh!

"Ucaplah Alhamdulillah , syukur kita kepada Allah ,
Selawat ke atas Nabi Muhammad Ya Rasulullah "

-Raihan-


Oh biology quiz , please be nice to be todayyy :)

Selamat pagi Kota Samarahan.
Mata aimasho :)