Skip to main content

Generasi Ohsem

Assalamualaikum..

Salam dunia. Salam Malaysia.

Semalam. Sabtu yang indah. Sabtu yang penat. Sabtu yang padat.
Alhamdullilah aku diberi peluang untuk menjadi salah sorang fasi dalam Kem Pemantapan Solat utk anak-anak tentera dekat kem tentera Kuching.

Aku satu group dengan fabel dan kami memilih kumpulan itik. Kumpulan dari kelab Nazim. Kelab bawah 12 tahun. Well , kitorg punya group sume laki dan semua kawaii! Hahaha

Waktu taaruf tu semua macam malu-malu. Yeah sangat shy shy cat sebab baru jumpa kan. Tapi lepas beberapa jam kami dah macam makcik2 jaga anak dah. Hyper terlampau! Haha

Dorang ni sume nampak je kecik. Hakikatnya bercita2 besar. Ramai antara mereka yang nak ikut jejak ayah jadi askar. Im so proud of them.

"Kenapa nak jadi askar?"
"Sebab nak serang Israel"
"Sebab tk nak tengok orang menderita"

Fuhhhh sape sangka jawapan tu yg kami dapat. Hontou ni sugoi!

Yang lawak pun ada.

"Kenapa nak jadi pilot?"
"Sebab nak jadi macam Adam dalam novel Adam dan Hawa"

Perghhhh bebudak zaman sekarang ni memang unexpected. Baru darjah 4 dah baca novel. Phew bahaya tau.

Itu belum masuk bab agama.
"Ustazah , saya dah khatam 3 kali."
"Ustazah , jom buat kuiz agama"
"Ustazah , kita nak solat dhuha ke?"

Ya Allah. Aku bersyukur dan kagum dengan mereka semua. Serious aku tak sangka mereka sehebat tu. Hebat. Hebat sungguh generasi ni.

Dalam group kami , ada seorang yang kurang upaya. Senang cite dia jenis slow learner. Dan kebetulan adik dia pun group yang sama.

Yeah aku sgt tersentuh tengok dua beradik ni. Sikap adik dia yg sgt protective terhadap abg dia buat aku tersentuh. Rasa nak menangis pun ada. Aku dpt rasa yg dia takkan maafkan org yg berani buli abg dia. Abg dia sebenarnya bijak! Waktu aku tanya pasal rukun Iman dan Islam. Aku dpt dengar abg dia jawab cuma sgt slow. Aku tahu abg dia tahu. Abg dia pun pandai melukis! Sangat pandai!

Sesungguhnya ia nya satu pengalaman yg sgt berharga. Tak ternilai dengan wang ringgit.
Apa yang aku sentiasa terfikir kan ialah ,

Betapa hebatnya ibu bapa mereka yang berjaya mendidik kanak-kanak tersebut menjadi insan yang ohsem!