Skip to main content

Surat Cinta buat Junior SPM

 

Hai guyss ! 

Actually , malam ni terasa macam terpanggil untuk buat satu entry khas utk Junior-junior-junior yang nak ambil SPM tahun ni. K kalau nak tahu final exam akak pun area minggu korang SPM tu jugak so kira fair laa kan. Haha. At least kan , korang dah habes silibus tau. Kitorang a week before exam baru laa silibus habes. Yeah seram gituhh. Haha

Dear Junior(s) ,
 
Oh kayy. Memandang kan akak dah pernah rasa 'seronoknya' SPM tu so nak share la sikit tips-tips boleh kata berkesan lah untuk korang :)

1. Buat jadual jangka masa pendek

Sangat tak terlambat lagi untuk buat jadual jangka masa pendek. Jadual tu start contohnya harini sampai hari SPM tu. So korang susun lah berapa subjek setiap hari. Kalau boleh untuk masa yang super-singkat ni takde lah masa nak pergi wayang lah apa lah. K just focus on your study. But still , petang2 tu boleh je nak riadah. Jogging ke apa ke :)

2. Tidur yang cukup

K akak faham sangat korang surely cuak plus takut plus fikir result lagi. But remember , kesihatan penting jugak. Mungkin korang akan jawab. "Takpe , saya dah biasa" . K fine but apa yang bagusnya kalau 'kebiasaan' yang korang amalkan tu tak bagus. Especially , time exam week tu. Oh pehlis la tidur awal. Kalau korang study sampai tak tidur pun malam tu , macam la apa yang korang baca tu bulat-bulat keluar. Badan korang penat nanti lepastu otak korang yang tak cukup rehat tak membolehkan korang untuk generate idea-idea bernas and korang tak mampu nak ber-kritikal thinking pun.

3. Soalan SPM lepas
 
Make sure sebelum SPM korang dah try SEMUA soalan SPM lepas-lepas. Contoh macam sejarah memang bagus kalau korang buat SPM lepas jadikan latihan. Well , buat jelah banyak2 kali pun. Sampai betul semua. Haha. Akak buat tau tahun lepas. Ada jugak la soalan sejarah yang sama keluar. Haha. Untuk subjek lain pun akak buat macam tu. 
 
K memang la takkan keluar sebijik-sebijik. Tapi pattern dia mungkin akan keluar. Mungkin tau. So jangan terlalu depands on benda ni jugak tapi at least korang tahu laa. Nanti jangan sampai bila habes paper tu korang dengar kawan cakap " Weh , soalan tadi tu macam tahun bla bla punya soalan laa. Naseb aku baca. Haha " and kau dekat tepi tu macam " Eh yeke. Alamak sumpah rugi tak baca. Menyesal menyesal" . Benda ni memang dah trend akak rasa. Haha. 
 
4. Strategi menjawab
 
Yang ni berisiko sikit tapi kalau akak dulu memang akak buat. Hihi. Strategi ni sesuai di amalkan untuk subjek yang ada soalan pilihan. Contohnya yang paling ketara ialah Add math. Yeah akak paling lemah add math. So apa akak buat? Kan kalau korang perasan soalan add math tu pattern dia lebih kurang je. So akak akan study gila-gila soalan yang betul2 paham and boleh jawab. So bila SPM tu akak just jawab soalan tu je. Nama pun pilihan kan. Sukahati-i-lah. Haha. K same goes to other subject. Ini untuk yang terdesak jelah. Macam akak. Hewhew.
 

Apa lagi eh nak pesan. Oh ye kepada yang kaki tidur. *aku pun sama. Try jangan tidur la time exam tu. Pehlis la once in your life je SPM ni. Fikir lah walaupun SPM ni buat segala-galanya tapi ini lah permulaan korang. 

Oh ya , ni penting. Kalau boleh nota-nota yang penting or yang korang dah create cantik-cantik tu jangan buang tau. Buku-buku rujukan pun. Lagi sadis kalau yang berniat nak recycle ke apa. Oh jangan! Serious. Sebab most of matrikulasi atau asasi akan belajar balik apa yang belajar dekat SPM. Disebabkan nanti korang akan cuti panjang raya sakan so kemungkinan paling besar korang akan lupa semua nya. 

Last shout , lepas SPM nanti akak sarankan jangan lah buang ilmu yang korang dah belajar untuk SPM ni jauh-jauh. Like i said just now , semua akan belajar balik cuma lebih detail. Ofcos la kan dah tahap tinggi. 

So , All the best for SPM. Ganbatte ! Straight A+ ! Insya Allah. Banyak-banyak berdoa dengan Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dipermudahkan untuk menjawab soalan. Amiin. Kalau ada nak tanya ke masalah ke boleh la contact akak. Hehe. Kbai. Salam.

Truly , 

Marjana Darus :)