Skip to main content

Pasar Serikin , Sarawak

Assalamualaikum semua!

Ehem ehem. Puasa tak harini? K good kepada yang puasa. (Y)

Oh semalam aku dengan membe2 pergi Pasar Serikin jalan-jalan shopping. Hewhew. Well , kitorang memang dah rancang lama pun nak pergi tapi semalam baru la berkesempatan. Yang pergi semalam pulak semua geng semenanjung yang tak balik raya. Hehh sedeh kan? Sobsob. Jauh kami bawa diri ke Serikin. Haha

Perjalanan bermula pada pukul 7.00 pagi dan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebeh. Kami menyewa van dan driver. Mula2 ingat nak drive sendiri but then bila semua membe2 sarawak kata bahaya la bagai bagai then kitorang pun sewa van. Better sangat. Jalan memang macam ular lepastu berlubang2. Grr. Poning den.

Apa yang best sangat Serikin ni? Hmmm. Murah! Yes sangat murah.
Korang boleh dapatkan macam macam dekat Serikin ni macam bantal , kekabu , jubah , pakaian2 casual wanita , dress , telekung , frame ayat2 Quran , barang2 antik , barang kayu , kain pasang. Oh banyak sangat lagi sampai tak tersebut, haha

Apa yang paling penting ialah berapa duit yang korang ada dan skill tawar menawar. Mungkin starter price dia akan letak RM60 macam tu. So kalau dah minat tu kita tekan penjual tu sampai dia turunkan harga. Boleh dapat sampai RM35 dan bebaloi sangat. Haha. Mulut kene manis , ayat kene power.
Tapi jangan tunjuk sangat yang kau nak , buat muka biasa je macam tu. Oh lagi , jangan beli awal sangat. Survey dulu sampai hujung pasar tu. Lepastu baru decide.

So aku pulang dengan banyak plastik dan berat. Haha. Terpaksa ikat perut la lepas ni nampak gayanya. Hehe.

Sekian dari saya , kbai (:

Comments