Skip to main content

11 Hari Di sini :)

 

Salam ukhwah semua !

Pejam celik pejam celik aku dah 11 hari dekat sini. Kamek udah 11 hari sitok. Hihi. Eh , aku baru kira je kay hari aku dekat sini bukan sebab homesick. K take note. Haha. 

Pheww. Majlis Aluan Pelajar dah lepas , Majlis Ikrar dah lepas , kuliah pun dah start. Minggu pertama ni macam okay lah. Takde la banyak sangat task , assignment bagai en. So okay lah.

First day kuliah paling tak tahan , memang kena ingat sampai bila-bila. Aku punya lah cuak kan yela nama pun first day. Gerak dari bilik setengah jam awal takut sesat punya pasal. Alah bukan jauh pun actly dan bukan aku je tapi dah macam perarakan dah aku rasa semua pun keluar awal. Ada yang sebelum pukul 7 dah gerak pergi kuliah. Terbaik kan. Macam tu lah bagus. Hihi


Majlis Ikrar Pelajar @ DeTAR Putra :)


So kuliah , hmm okay lah boleh kata semua pun atas effort sendiri. Tak boleh dah nak harap sape-sape. Kawan sangat penting. Carilah kawan yang boleh tolong waktu susah dan senang. Dekat sini orang dah tak sibuk pasal result. Pedulikan result yang dah lepas. Semua orang pun start dari 0 balik. So bak kata lecturer semua ada peluang yang sama untuk dapat apa yang dia nak. Cuma effort dia yang menentukan dia dapat atau tak. 

Hehh , panjang nya aku berleter. Haha. So last word , doakan aku dekat sini. I wish i can do my best :) 
Go Marjana ! 



XXXX