Skip to main content

Resepi - Sagu Gula Melaka

 
Hi ! Ni kira kali kedua la post benda makan ada resepi. Well , aku dah try buat. Sedaap! Seminggu aku makan benda alah ni je. Benda ni memang sedap makan time sejuk. Bahan sikit kerja tkde lah leceh mana. So , boleh la try. Hihi

Tadaaaaaaaaaa ===>






Bahan-bahan ( 6 orang )

  • Bahan A :
  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air
  • Bahan B :
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Bahan C :
  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan

 

Cara-cara

  1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
  4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  5. Buang daun pandan dan sejukkan.
  6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C. 
  10. Siap untuk dimakan!!! 

Untuk resepi kredit to Myresepi.com
Aku malas nk salin balik. Hahaha. Tapi yang gambar tu memey aku buat ehh. Hahaha.

K. Bergerak dulu. Jaa ne :)