Resepi Chocolate Moist Muffin

 
Hi there ! Semoga sihat dan sentiasa dibawah rahmat-Nya.

Harini terasa macam nk share something yang senang dimasak dan sedap! Pastinyaa :)

Taraaaa ==== > Choc Moist Muffin 



Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 susu pekat manis F&N
1 cawan minyak masak Saji
2 biji telur
1 cawan air mendidih


Cara-cara


1. Masukkan bahan-bahan kering iaitu tepung gandum , gula , serbuk koko , serbuk penaik dan soda bikarbonat. Kacau sehingga sebati.

2. Kemudian masukkan susu dan minyak. Kacau lagi sehingga rata.

3. Masukkan telur dan kacau lagi. 

4. Akhir sekali masukkan air yang betul2 mendidih. Kacau rata sehingga semua bahan sebati. 

5. Tuangkan dalam bekas acuan dan bakar. Bakar muffin pada suhu 180c selama 25-30 minit. 

Alah , senang je. Bak kata chef dalam movie Ratoutolie tu "Everyone can cook" .
K. Selamat mencuba ! Ganbantte-ne!