Skip to main content

'Aku' yang Baru

 
Hai semua ! Salam sayang kepada semua Muslim seluruh pelosok dunia. 

Haihh. terasa kekok tangan menaip. tapi mengenangkan dah ada masa dan peluang takkan nak lepaskan kut. Hmm, tak sangka dah bulan 2 since my last post was on dis 2012. 

Frankly speaking , aku terasa busy dan sangat penat lately. Yeah. Aku dah bekerja sekarang. Dan aku dah merasa pun gaji pertama aku and its feel soo lovely using your own money. Ramai yang bertanya aku ni kerja apa? kedai buku? haha. Actly , plan asal memey laa nak keje kat kedai buku. Tuptup kedai buku aku aim tu tutup pulak. So , sekarang jadi pengasuh @ cikgu kat taska laa aku. 

Ramai tk faham apakah bidang kerja aku ni sebenarnya. Aku pun banyak belajar. The most important thing i had learn was menjaga anak adalah sesuatu yang bukan mudah. Bila aku keje ni aku rasa lebih hargai dan sayang parents aku. 

Nak tau tak keje aku mcam mana? haha. Let me share. 
Kita start pukul 8 pagi aku pegi keje. Bila smpai taska tugas aku pun mula. Yeah. Tugas pertama ialah menyambut budak2 yang dihantar oleh parents masing-masing. Nanti ada laa beg , botol susu etc. Kene hantar dlm bilik. Susun elok2 atas almari. Then , breakfast dorang akan duduk dalam bulatan. Baca doa dulu. Cikgu-cikgu akan lead. This is my fav moment. Budak2 yang baru belajar baca doa makan are soooo comel! 

Then what eh ? Oh later diorang akan baca doa selepas makan. Lesson started! Setiap hari ada 3 kelas. 1 aktiviti kat luar , 2 kat dalam. Contoh aktiviti macam story telling , bercerita , mewarna , melukis , belajar jawi , mengira. Ada jugak visual learning means kitorang cuma pasang vcd yang belajar punya kasi dorang tengok. Dan boleh kata budak2 taska ni akan lebih bijak daripada yang duduk rumah. Tu aku agak pasti. hihi.

Budak2 ni akan mandi 2 kali sehari. Tengahari sebelum tido dan petang lepas bangun tido. Time mandikan pun best. Aku prefer mandikan baby. Bau baby wangi sangat. Aku pernah dengar bau tu datangnya dari syurga. Lagipun , kalau baby berak tkde la geli plus busuk sangat nak basuh. Kalau yang dah reti makan macam2 tu. Alahaiii. Kalau diingat memey tk lalu makan sehari. hahaha. Tapi kan , bila aku teringat maksu aku kata "Besar tau pahala kita cuci berak budak2 ni" .. Jadi makin ikhlas aku kerja. Memey tk dinafikan kerja sangat penat dan gaji pun tkdelah cecah ribu kan. Tapi bila ikhlas tu semua pun jadi senang. Hmm. 

Waaaaaa. Baru perasan panjang gilak aku berleter! Sudah la. Mesti korang baca pun sekerat jeni. haha. Lantak laa. Lama tau aku simpan dalam hati benda ni. Nak chitchat lebih-lebih dah tak duduk asrama. Takde membe nak lepak borak. Blog laa jadi mangsa. hihi. 

Okay-okay. Aku stop sekarang. haha. 
Salam semua!