F.A.Q Asasi UNIMAS -- Updated 2019

Assalamualaikum semua,

Tahun 2019 ni rupanya dah 2 tahun sis meninggalkan alam universiti, UNIMAS ku yang terchenta. Dan seperti biasa, setiap tahun, emel sis akan dibanjiri dengan soalan tentang Asasi UNIMAS since budak-budak asasi baru akan mula buat searching di internet tentang asasi ni



Jadi, untuk memudahkan pencarian anda,

Boleh baca semua post bawah labels ni, sharing pengalaman selama sis dalam Asasi Sains Hayat di UNIMAS, boleh klik link di bawah,

Asasi UNIMAS 2013/2014

Untuk menjawab soalan-soalan yang menghantui korang pulak, sis ada sediakan FAQ Asasi, boleh refer link di bawah,

FAQ Asasi UNIMAS

Tapi,

Ha, ada tapi pulak.

Since FAQ tu adalah berdasarkan pengalaman akak semasa zaman Asasi which is sangaaat lah outdated, jadi dengan rasa tanggungjawab (sebab rating post tu makin tinggi) akak nak ubah sikit beberapa soalan, based on maklumat terbaru yang akak dapat,

Okay keep on reading -- anda mungkin akan mendapatkan jawapan yang anda inginkan di bawah,

So, let's get started!

1. Berapa jumlah elaun kapal terbang yang disediakan?

Untuk pelajar dari semenanjung -- RM700
Untuk pelajar dari Sabah/Sarawak -- RM500
**Pelajar yang dapat elaun sahaja yang layak dapat elaun kapal terbang

2. Berapa elaun yang akan kita dapat sepanjang Asasi?

+- RM1200, tapi tak tolak yuran lagi
**Bagi pelajar yang dari keluarga yang berpendapatan RM10K ke atas tak layak dapat elaun

3. Ada fakulti baru ke kat UNIMAS?

Ya ada. Fakulti Alam Bina. Boleh usha website UNIMAS untuk maklumat lanjut tentang fakulti dan kos yang ditawarkan

4.  Berapa kuota pelajar medic yang terkini?

Lebih kurang 70-80 orang

5. Macam mana dengan penempatan pelajar asasi?

Kolej adalah berdekatan dengan tempat kuliah

6. Berapa minimum pointer untuk melayakkan masuk Medic?

3.5 dan ke atas. Result SPM juga akan diambil kira.



================================


Okay rasanya, ni paling crucial untuk diubah, boleh baca link FAQ yang pertama untuk dapatkan maklumat lain, atau boleh terus emel je kalau ada soalan yang pelilk atau peribadi untuk ditanyakan.

Dont worry sis akan melayani soalan anda -- mungkin paling teruk pun lambat reply je 😆😂

Oh, since ramai jugak taktahu nak contact siapa nanti/takde kenalan di Sarawak, member2 akak yang masih di UNIMAS ada buat support group khas untuk pelajar asasi intake 2019 ni,


Klik link di bawah untuk masuk Whatsapp group pelajar Asasi intake 2019 ni ya,

Untuk perempuan -- Intake Asasi UNIMAS 19/20 (Girls)

Untuk lelaki -- Intake Asasi UNIMAS 19/20 (Boys)

** nanti dah masuk group nak tanya apa pun boleh, jangan malu jangan segan. Malu bertanya sesat jalan 😜

Kalau nak jelas lagi, ada video ni bermanfaat sangat untuk pelajar Asasi UNIMAS, just klik link di bawah,

FAQ Asasi UNIMAS 

Nak tanya macam-macam lagi?

Emel: marjanaady95@gmail.com

--

Okay jaa ne! Semoga bermanfaat!


Comments