F.A.Q Asasi UNIMAS

Sejak 2 minggu lepas rasanya ada beberapa orang contact bertanyakan tentang asasi UNIMAS. Soalan yang ditanyakan pun rata-rata lebih kurang je. Akak tahu korang curious. Curiosity kills the cat, right? So rasanya lebih baik akak kumpulkan dan jawab sekaligus. Senang sikit nak cerita.

So yeah, let’s start!

1.       Dekat UNIMAS ni ada kos apa je untuk Asasi?

Di Asasi UNIMAS ada dua kos iaitu Asasi Sains Hayat dan Asasi Sains Fizikal

2.       Apa beza Sains Hayat dan Sains Fizikal?

Sains Hayat akan belajar subjek Biologi dan tak perlu belajar subjek Fizik, Sains Fizikal sebaliknya

3.       Kalau saya nak jadi doktor boleh ke ambil Sains Fizikal?

Tak. Kena ambil Sains Hayat.

4.       Sains Fizikal akan cenderung kepada kos apa nanti?

Kejuruteraan, IT dan selain Science stream

5.       Ada elaun tak?

Ada. RM1250 untuk setiap semester

6.       Tiket flight akan ditanggung ke?

Tak. Cuma akan diberi elaun kapal terbang untuk sekali sepanjang pengajian sebanyak RM700 seorang

7.       Ada cuti tak?

Of course ada. Jadual cuti akan diberikan masa daftar nanti or even earlier. Takwin setahun akan diberikan nanti.

8.       Kalau Asasi UNIMAS akan wajib sambung degree kat UNIMAS ke?

Ya. Automatically macam tu. So choose your Asasi wisely

9.       Kalau taknak sambung masa degree nanti boleh ke?

Boleh. Tapi selalunya kena apply Universiti Swasta.

10.   Apa je fakulti yang ada dekat UNIMAS ni?

Fakulti Sains dan Teknologi Sumber
Fakulti Kejuruteraan
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
Fakulti Sains Sosial
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat
Fakulti Bahasa dan Komunikasi

11.   Ada kos Farmasi tak dekat UNIMAS?

Takde

12.   Penginapan Asasi macam mana?

Pelajar Asasi akan ditempatkan di Kolej Seroja atau Kolej Rafflesia. Jalan kaki je pergi kelas.

13.   Macam mana persekitaran tempat belajar tu?

Nice, mendamaikan

14.   Lecturer okay?

Best gilaa

15.   Antara Asasi dengan Matrik mana lebih baik?

Akak tak pernah masuk Matrikulasi. Tapi Asasi ni seolah-olah kita dah selangkah ke alam Universiti. Dan selalunya pelajar Asasi akan diberi keutamaan.

16.   Untuk kos Medic, berapa kuota pelajar yang akan diambil oleh pihak university?

Selalunya 60 orang dari asasi.
P/S: Belajar leklok kalau nak medic. Anda mampu melakukannya.

17.   Akak kos apa?

Akak ambil Bioteknologi sumber. Dah tahun akhir dah, Inshaa Allah

18.   Kalau saya mohon asasi letak pilihan no 8 agak-agak dapat tak kak?

Inshaa Allah dik, kalau dah rezeki awak kat sini 😂

19.   Kalau saya letak pilihan pertama, boleh dapat tak?

High probability untuk dapat!

20.   Kalau dapat UNIMAS, baldi cebok semua tu kene bawak dari semenanjung ke?

Tak perlu. Dekat area Asasi tu banyak kedai. Mall pun banyak. Bawak duit je.

21.   Kalau amek asasi sains boleh ke nak amek kos degree yang takde kaitan dengan sains?

Boleh je. Nanti kita akan diberi pilihan untuk pilih kos. Masa tu buatlah pilihan bijak. Jangan ikut kawan.

22.   Jadual Asasi pack tak?

Boleh tahan. 8-5 petang jugak. Tapi bukan setiap hari macam tu.

23.   Pemakaian ke kelas macam mana?

Formal dan semi formal

24.   Ada tak link yang boleh saya refer untuk tahu lebih lanjut tentang UNIMAS?

Boleh check link ni, UNIMAS

25. Akak rasa best tak Asasi UNIMAS?

Seriously best gilaaaa. Susah nak describe tapi memang I'll highly recommend budak-budak lepas SPM datang Sarawak, discover the Borneo land.

Nah, cerita Asasi sikit, ni tulisan tahun lepas. Honestly, I can never move on from Asasi life. Haha. Too bad that im getting older.


*******************************************

Phew, banyak betul soalan haha

Semoga membantu! Agak-agak masih ada keraguan dihati, jangan risau. Boleh post komen kat bawah atau kindly email to marjanaady95@gmail.com

Last word,

Kalau rasa macam keliru atau buntu sangat. Buatlah solat istikharah, in shaa Allah, anda akan lebih yakin untuk buat keputusan. Istikharah ni bukan untuk kawen je dik. Untuk sambung belajar pun boleh. Dan ingatlah, kita hanya mampu merancang, Allah jualah sebaik-baik perancang.

Ganbatte!


-----

Post updated for 2019 -- klik link di bawah,

Semoga membantu, adios! 


Comments