LIfe in March
March is my favourite month, but this year of March is going to be very kelam kabut😅
I wonder if i have made a wrong decision by agreeing to become a babysitter, not mentally prepared, plus badan sakit-sakit sebab sibuk mengecat. Semua tu bagi kesan buruk terhadap prestasi kerja.
Dengan anak yang tak boleh faham dan taknak faham dan sentiasa cuba nak curi perhatian. Keje nya mencium bonda jela. Marah bila bonda lebihkan baby lain. Bila baby lain kacau mainan dia, dia tak marah tapi mengadu kat bonda. Tak jadi kerja laa. Hahaha
Niatnya nak menolong je tapi nampaknya sis yang tak tertolong sekarang ni. Rasa macam lemas sangat.
Mungkin aku lagi sesuai jadi suri rumah with my own flexi online business dari kerja dengan orang. Tak bagus rasanya bila kita tak mampu bagi full komitmen. Nak kena jaga anak orang, tapi macam lebih jaga anak sendiri. Dilema ya sis.
Masa pun seakan berlalu terlalu cepat. Eh dah Khamis rupanya. Rutin harian yang penat. Bangun subuh, balik dah nak maghrib. Balik kerja kena masak lagi. Rasanya sis dah boleh angkat bendera putih.
Bila penat badan dan mental ni. Emosi pun selalu lah ke laut biru dan laut china selatan. Rasa nak marah, rasa nak emo je tak tentu hala hahaha. Itu yang malas tu 🤣
Awal March je dah havoc! Haha. Dah mesej bos kata nak berhenti dan minta carilah pengganti. Sementara tunggu dapat pengganti tu terpaksalah bertahan. Taktau laa takat mana je mampu bertahan tu tapi hadap jela kan.
Terlanjur kata boleh minta maaf, terlanjur kerja, kena laa sudahkan hahaha
Walaupun hakikatnya, dalam 2 minggu ni ada juga good values dan positive improvement dari Thoriq contohnya dah pandai berkawan, ada empati pada budak yang lebih kecil, belajar berkongsi dan mengalah, join aktiviti permata di taska tapi maybe it just not yet, not fully prepared. So kita break and pause dulu. Muhasabah, cari solusi dan exit plan yang lebih baik.
P/s ; Today is my very last day in taska, i hope this is the best decision for everyone :)
Comments
Post a Comment