26, Blissful Birthday
Alkisah seminggu sebelum birthday, kerajaan umumkan Selangor dan Kuala Lumpur dah bertukar status dari kawasan PKP ke PKPB.
Mendengar berita yang gumbira ini abah aku lah yang paling excited nak bawak mak pergi jalan-jalan sempena hari jadi. Disebabkan birthday mak dan aku jatuh pada hari yang sama. Jadi abah ajak sekali kami anak beranak join staycation. Walaupun sebenarnya takde plan pun nak pergi jenjalan atas kekangan kewangan tapi abah nak lanjer so kita onzz sajer 🤪
Bila habis je pengumuman Dato Ismail Sabri tu, aku bet semua orang pun bertindak pantas book semua hotel yang best memandangkan harga pun sangat murah dari kebiasaan. Orang pun dah tak tahan duduk rumah kan. Jadi mencari hotel yang sesuai dengan bajet dan best pun mencabar juga sebab banyak dah sold out. Mak nak hotel 4/5 stars, dengan kemudahan bath tub dalam bilik. Nak berendam katanya. Cari punya cari, akhirnya kami decide untuk staycation di Movenpick 😁 Hello movenpick, im back! Haha
Budak yang sentiasa bersemangat! |
Hello there, miss me? |
Check in pukul 3 petang, kami sampai lewat sikit je dalam 3 lebih dari Bangi. Mak dan abah baru je nak gerak dari rumah jadi kami gerak dulu. For this staycation, memang aku yang handle segala booking tapi atas nama husband. So memang ada letak notes request untuk buat birthday deco dalam bilik. Macam birthday surprise gitu.
Since kami berdua punya birthday so should be dua-dua bilik dihias cantik tapi management hotel buat untuk satu bilik je. Tapi sebab mak sampai lambat so husband request untuk dua dua buat hiasan and Alhamdulillah management berjaya buat sebelum mak sampai hehe memang best. This one memang sis puji gilaa la management dia. Walaupun ramai orang check in tapi memang dia akan cuba layan sebaik mungkin 👍🏼
Seronok bawak beg Didi |
Untuk bilik pulak, dapat bilik bersebelahan dan ada connecting door. Lebih kepada bilik family, satu bilik dapat queen size bed, satu lagi dua single bed. Yang bilik dengan queen size bed tu ada bath tub sekali, yg single tu takde 😅
Disebabkan sis dah tengok dua-dua bilik, so ai decided to choose yang single bed without bath tub. Sebab sebenarnya lebih kepada nak meraikan mak je, since mak tak pernah sampai lagi. Sis kan dah alumni so malas la nak beriya 🤣
But the birhday decoration by the management really nice walaupun cam simple gila je haha. I appreciate the effort. Sibuk Thoriq angkat tuala 'cake' tu ke sana sini pastu cakap 'kek kek' haha
Birthday deco bilik mak abah |
Kek ni Thoriq je lebih makan, kek mak pun dia sapu haha |
This is our room, connected with bilik mak |
My birthday deco :) |
"Besar yaaa masjid tuu.." - kata Thoriq dalam hati |
Selfie tandas satu kali! |
Kek kegemaran Thoriq 😝 |
Kebetulan pada hari check in tu mandi pool dah dibenarkan mengikut SOP. Memang dah pesan siap-siap kat mak abah bawak baju mandi. Tapi kesian mak dia tak baca mesej kat Whatsapp 😅 Frust je tak dapat mandi pool hoho
Tapi masa mak sampai dan tengok bilik dia ada bath tub tu pun mak dah seronok betul! hahaha. Takpelah sis dah merasa masa last visit, kasi can laa kat mak. Yang penting birthday mak, mak happy.
Hari pertama macam tak sempat nak mandi. Thoriq dengan atok wan pergi tengok je pool tu. Sebab dah lewat. Pool buka 7.00 pagi dan tutup 7.00 pm.
Makan petang cuma makan mcdonald. Order thru apps Mcd. Awal-awal tu order guna Grab, tapi tetiba kena cancel macam tu je. Bapak ahh frust. Order pukul 4. Dah pukul 6 baru perasan order kena cancel. Lapar teruk dah masatu. Terfikir Mcd apps. Terus order, Alhamdulillah 40 minit dah sampai. Kebulur cheq haha.
Malam pula, kami keluar ke kawasan bandar berdekatan. Lupaa laa nama dia. Haha tapi kami redah je makan tepi jalan. Nasib baik terjumpa restoran yang ok. Cepat dan menu pun not bad. Setel hari pertama.
Hari kedua, lebih baik rasanya. Bilik sejuk dan cozy. Hujan pula tu pagi tu. Memang rasa malas betul nak bangun 🤣 Ada budak yang memang taknak bangun sebab sedap sangat tidur.
Ni pesen tido dalam perut ibuuu 😜 |
Selfie cermin pulak satu! |
Aktiviti pagi ni kita mulakan dengan sarapan lepastu mandi pool.
Masa sarapan memang dapat tengok penuh dining hall tu, maksudnya ramai betul orang check in sampaikan tak cukup makanan. Memang kena tunggu untuk makanan refill. Kebetulan haritu takde cereal pulak so kesian la Mat Thoriq taktau nak makan apa 🤣
Cucu manja atok |
Fullhouse! |
Memory :) |
Tapi overall okay lah, mungkin management hotel pun tak sangka sambutan yang overwhelming since sebelum ni memang tak boleh nak keluar rumah pun, PKP kan. So kita terima seadanya saja ☺️
Acara kemuncak adalah acara mandi kolam, yahuuu! Dah boleh mandi kan so jangan la tak mandi hehe. Boleh pulak laki dengan abah aku pakai baju sama. Matchy-matchy laa sangat. Sis is jeles sebab takdoo, bukan takdoo tapi dah tak muat 😂 Dah selamat sedekah kat orang pun huhu
Swimming pool dia pun bersih, lebih bersih dari last time visit. Ramai ya manusia ke sini pada hari yang sama. Tapi still boleh cop port best untuk kami anak beranak. So no biggie. Anak ku pulak sangat lah seronok sampai kecut-kecut menggigil semua. Cuaca masa kami di sana mendung je. Semalaman tu hujan. So memang sejuk jelaa.
Soo in love with the pic |
One with the main sponsor 😜 |
Birthday girls |
Thoriq dan uwan |
King of my heart |
Dan sebenarnya yang paling seronok adalah Mat Thoriq. Dia seronok sampai tertidur kepenatan. Dapat spent time dengan family, dengan bonda dan abah, dengan atok dan wan. I believe he had so much fun and good memories here ✨
Oh cerita birthday kalini, kami 5 beradik share duit untuk belikan hadiah untuk mak. Rasa macam first time in forever kami ni bersatu hati buat sesuatu. I feel bless + touch at the same time! Rasa macam tak percaya since my siblings being so supportive and cooperative. Love you alls! And mak sangat terharu sampai menangis ya. So much to remember this year 🥰
So macam semua pun cerita pasal birthday mak, bukankah birthday aku pada tarikh yang sama? Oh yeahhh
My husband as always lah dia memang tak reti nak romantik romantik ni. Tapi i noticed dia memang sejak dua menjak hari-hari tengok instagram Khalifah Jewels ni hahaha tapi aku tak amek port sangat pun sebab yelah manadeee duit gais 🥺 Tapi rupanya he has planned something very special for me. Allahu, im sooo touched! Sekali combo rantai tangan dengan cincin tau. Soo in love ❤️
Esoknya, balik kerja, my habibi ajak pergi BR pulak. Oh menn, best gilos haa. Ni sambutan hari ke-5 kot rasanya 😆 Bonda memang suka makan BR tapi ada budak yang excited dapat makan ice-cream. Maklumlah bukan selalu pun dapat peluang keemasan macam tu
Im 26! |
Alhamdulillah, Alhamdulillah. Memang terharu + tak terkata gembira. Biarlah badai dan ombak yang mendatang, asalkan ada keluarga terchenta inshaa Allah semuanya bakal baik-baik saja
Mekaseh abah for the staycation treat,
Love you till Jannah my world, husband ❤️
Comments
Post a Comment