Cameron Highland in Dec of 2020

2020, we met again Cameron Highland!

Hello peeps!


Alhamdulillah selesai satu short unplanned trip semasa peak season. Sebenarnya ni pertama kali kami keluar jenjalan masa peak season. Selalunya memang kami redah weekdays, laki mintak cuti. Tapi disebabkan ni adalah trip bersama, kita layankan ajer


Kadang tu dapat pergi berjalan bukan sebab banyak duit pun. Tapi sebab dah rezeki Allah bagi. Alhamdulillah trip kalini 60% sponsored oleh hamba Allah yang sangat pemurah. Semoga Allah mengganjari pahala yang setimpal ☺️


Sebab kalau ikut poket memang tak lepas hahaha


Percutian ni juga percutian kali pertama menggunakan airbnb. Serious talk best gila. Kalau pergi ramai dan berkumpulan. Yes, airbnb is a very good choice!


Kalau pergi family kecik je, hotel lagi selesa la gitu


Airbnb kami dalam kawasan hot, kawasan Golden Hills. Memang jalan kaki je pergi pasar malam. Seawal pukul 4 petang pasar malam dah beroperasi. So kalau nak repeat banyak kali pun takde hal. Jalan je. Sambil2 exercise kan haha


Ohh, area Golden Hills ni pun dah banyak kedai makan, ada steamboat. So semua pun walking distance je. Senang kan. Takyah nak pening cari parking. Tapi...haa ada tapi jugak. Golden Hills ni terletak jauh dari tempat tarikan. Agak jauh laa. So kalau pergi peak season, kena keluar awal. Kalau tak hmm makan jem dan roti la korang hahaha


First time juga ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai. Selalunya dari Tapah je. So jalan ni lebih besar, kurang meloyakan. 




Tapi surprisingly, Thoriq mabuk juga bila abah dia speed up masa dekat selekoh. Memula tu dia main2 je sekali kau habis je abah dia kona baring habis selambak keluar. Bonda yang gigih pakai shawl terus bertukar tudung indon hahaha nasib baik ada jenis tudung sarung yang premium sikit 😆


Jadinya lepasni kena lebih berhati-hati dan tak bawak laju-laju la masa dekat selekoh. Sebab dah ada geng yang pening dan loya








Hari pertama sempat singgah di tempat coklat. Sebelum ni tak pernah jejak pun sebab jauh ke atas. So kalau lalu jalan ni memang akan jumpa ni dulu. Sebab dah sampai, singgah jela pekena aiskrim dorang yang viral tu. Satu batang RM15.90 macam tu. Rasa biasa je haha takde apa yang sedap sangat


Next stop, Nova Mall. Lunch di Teh Tarik Place. Pekena Nasi Kerabu Ayam Percik dulu sebelum check in.




Lepas makan terus check in. Agak menyesal sebenarnya sebab tak terus buat tour since dah dekat atas tu. Lagipun semua tempat tarikan memang banyak dekat atas. Bila dah turun memang tengok kereta di jalan sebelah dah slowly jemm, menurun ke bawah lagi jemm. Haa menyesal berbakul laa hahaha 


Tapi malas nak panjang cerita, kita pun check in dan berehat jela


Jarak rumah penginapan dengan pasar malam memang dekat gila. Nak keluar jenjalan pun dah jem kan. Jadi petang tu kita berjalan kaki jela ke pasar malam tengok apa yang menarik. 






Belikan Thoriq jagung, sebab dia suka jagung. Beli strawberi sikit, beberapa makanan lain untuk kudapan petang


Sebelah malam pula, jalan kaki ke kedai steamboat area Golden Hills juga. Not bad laa. Nak kata best tu takde la best. Kat Selangor/KL banyak lagi la tempat best hahaha tapi boleh la layan 😆





Hari kedua bermula dengan agak tegang. Since semua ahli rombongan bangun lambat, kami keluar dah lewat. Bila lewat memang stuck dalam jem yang panjang laa. Padahal jarak dari tempat tinggal ke Kea Farm dalam 15 minit je tapi jadinya 1 jam hoho


Drebar ai memang tak boleh tolerate benda gini so ai dengar jela dia membebel sepanjang perjalanan


Nak cari parking lagi satu azab bila peak season ni. Akhirnya kami parking di Taman Rama-Rama. Masuk laa taman tu sekejap sebelum ke Kea Farm, layan Mat Thoriq tengok animals 😬


Dari Taman Rama-rama menapak lah kami 3 beranak ke Kea Farm. Sebenarnya jauh juga tapi disebabkan takde pilihan belasah jela haha


Semangat masih berkobar-kobar nak masuk Sheep Sanctuary, tarikan baru di Cameron Highland. Dalam kepala dah berangan-angan nak bagi Thoriq pegang sheep la apa lah. Tu yang laju je kaki menapak. Tak terasa penat. Si kecik tu lagi laa macam gaya orang besar dah, pegang tangan pun taknak haha


Setibanya di depan Sheep Sanctuary, bonda pun beratur nak beli tiket. Tengok orang macam ramai, tapi masatu ada dalam 5-6 orang je beratur kat depan. So beratur jela, kalau setakat 5-6 orang takde lah ramai.


Agaknya cik abe macam tak puas hati, dia dan Thoriq pergi ke bawah tengok sendiri ramai ke tak dalam ladang tu. Haa rupanya ada hampir 60 orang tengah beratur nak masuk 😅😅


Terus cancel, keluar dari barisan nak beli tiket dan dengan berat hati meneruskan perjalanan dalam Kea Farm je huhu. Shedehh. Takde rezeki la nampaknya.


Di Kea Farm berjaya mendapatkan strawberi, jagung, ubi rebus, sayur 10 paket RM10, delima, strawberi milkshake. Haa tu jela kot yang kami beli. 





Disebabkan parking jauh, abah Thoriq je menapak ke kereta dan pick up kami di Kea Farm. So sementara menunggu tu bonda dan Thoriq duduk la di kedai dalam Kea Farm sambil minum strawberi milkshake yang Thoriq tak habis-habis puji “dap dap dap”


Otw turun tu singgah lagi di Taman Sedia. Pergi tempat heaven strawberry by locals muslim. 








Then, contact semula semua ahli rombongan. Nampaknya semua pun terkandas dalam jem. Sebab jem teruk betul. Mungkin masa ni orang semua cuti, pkp pulak sebelum ni. So semua macam lepas gian laa nak pergi Cameron ni. 


Sebab semua ahli rombongan pun dah give up, jadi pulang lah kami ke pangkal jalan.




Last stop di Cameron Valley. Dapatlah souvenir untuk Mat Thoriq, topi lembu. Sukaaa la hati budak kecik ni


Perjalanan diteruskan menuju ke rumah nenda di Jenderak Utara. Tapi sebelum sampai sana, singgah sebentar di rumah pak sedara di Kuala Lipis.


Fuhh, memang terasa panjang betul percutian pendek kali ni. Haa pening tak tu nak baca? 😆 


Tapi Alhamdulillah, semuanya selamat. Family first always the best choice 👍🏼


Untuk Thoriq, ni kali kedua dia ke Cameron Highland. Since dia dah besar dan pandai macam-macam memang seronok sangat layan gelagat dia. Haha ada je idea dia. In shaa Allah nanti kita pergi lagi yaa


Till next time CH, cant wait to meet your sheep 😬


Comments