Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA

Hello peeps!

Akibat terlalu mengantuk tapi tak mampu nak tertido, jadi baiklah kita mencoret di sini sementara masih segar di ingatan 😆

Alhamdulillah,

Semalam, 7 Mac 2020, genaplah seorang Marjana 25 tahun. Syukur kepada Allah atas segala nikmat yang tak terhingga sampai hari ini.

Dan beberapa bulan lepas, I have this conversation with my hubs,

"Bawak lah sayang pergi staycation. Birthday ai jatuh weekend tau."

"Sayang nak pergi mana?"

"Macam best kalau dapat pergi Tamu Hotel sebab #bmf tapi Movenpick cam lagi cantik"

"Okay"

and the conversations just ended like that,

Only few days before my birthday, my hubs bagitahu dah book Movenpick 😱 Macam wow bagusnya hahaha

So since hotel ni 5 star so memang expectation tinggi lah,

Semalam, pukul 3 kami bertolak dari rumah. Sampai di hotel dalam pukul 3.45 pm macam tu. Cuaca mendung sebab hujan. Jadi kami parking kereta di dalam bangunan, berbumbung.





Receptionist. Meja ada 3 je. Kawasan besar gila.

Mencari lift dan terus ke lobby. Masa tu dah terima dengan design bangunan dan keseluruhan kawasan. Memang cantik dan unik. Ada eleman islamik di setiap tempat. Sesuailah dengan konsep ni sebab hotel ni pun hotel Tabung Haji kan. So yeah, no wonder.

Bangunan dia berbentuk macam tirus ke atas, unik la. Lobi hotel sangat besaaaar. Meja receptionist cenonet je 3 biji kat tengah-tengah hahaha

Dah dapat kunci terus naik lif menuju ke bilik.

Bukak je pintu, amazed teruk! Besaaaar gila bilik den. Hahahaa. Hubs kata nearly RM500 la bilik tu semalam cuma dia tak ingat apa nama bilik tu 😅

Pergi dekat katil waaaah siap ada decoration birthday omo im soooo surprise! Pandai gak laki aku ni benda gini kahkah

Siap ada kek sepotong tau hotel kasi complementary. Fuhhh siyes terbaik! 👍👍

Tengok other sides pulak,

Bilik air je dah macam saiz bilik tidur. Haha. Ada toilet, ada bath tub and ada shower. Cermin pun canggih bukak lampu touch screen. Sis batak sekejap k 😆

Tilam dengan bantal empuk takyah cakap la. Memang syioook sangat tidur.

Fav bathtub. Syiok amat berendam. 

Birthday decoration by the hotel management. Kudos!


Siap ada kek tu yang best tuuu

Fav time with fav person :)

View dari tingkap bilik kami

Al-Quran pun disediakan, Alhamdulillah
Ucapan khas dari mangament. Tetiba je ada kertas bawah pintu. Ingatkan ada apa, rupanya ada memo hehehe. Terbaik. 

Since dah petang, perut pun lapar. Jadinya bukak la apps nak order Grab Food or Food Panda. Nahhh, dua dua tak cover wehh kt sini. Haa sudah. Try Bungkusit pulak. Puuun tak cover. Blank kejap.

Terus cari buku menu in room dining. Hamek kau harga dia hahaha. Tapi dah lapar sangat kan. Tutup mata order jelah. Selesai. Minum petang Char Kueh Teow dan Mee Goreng Mamak sahaja dah RM67. 😂😭 Rasa pulak so-so je.




View dia mahal la serious


Female pool







Niat di hati ni nak pergi Spa. Konon nak 'me' time. Sekali tengok tempat spa tu macam tak solid bangunan. Er cane eh nak cakap, dia boleh nampak la haaa gitu. Nanti kan nak berurut mesti laa terdedah sana sini. Cemana tu weiii hahaha. So cancel terus. 😌 Padahal dah seminggu ai buat research tau info sana sini nak ber-spa punya fasal. Haih. Takde rezeki lah.

Malam nya untuk dinner order lagi in dining room service. Ada terfikir nak makan buffet tapi entah kenapa tak tergerak pulak nak call receptionist. Esok nya baru tau buffet dalam RM60+ je alahaii rugi weh. Lagi untung macam tu. Ni kalau order nasi goreng je pun dah RM45 kan. Air lagi. Baik buffet je terus. Berbaloi la mahal. Takpe benda dah lepas kan. Lepasni take note jelaa.

Bangun pagi hari kedua, dua beranak si abah dan anak seronok tido macam dah takde hari esok hahaha. Jenuh laa nak mengejut masing-masing. Sama naik je.

Bonda dah siap berendam dalam tub air panas, masih dua beranak ni tak bergerak dari tempat tidur.

Kami breakfast pagi tu dengan expectation yang tinggi. Hotel 5 bintang kan mesti sarapan banyak dan best. Dan honestly menu banyak dan semua sedaaap. OMG masa je yang tak cukup, meh. Anakku dah tak sesabooo nak mandi. Dia dah rimas sebab tak mandi lagi. Alahaii, terkenang-kenang kueh teow sup ni haa. Sedaap banget!


Aktiviti yang dinanti-nanti kini tiba, kami naik ke tingkat 3 untuk ke pool ala oasis hotel ni,

"Bang, tak yah mandi la berlumut, bahaya untuk anak-anak"

Ada seorang ni bagitahu masa kami selisih nak ke kolam.

Pulak dah. Cane ni. Aku pun pandang laki aku. Hmm belasah jela. Jadinya kami bertiga jela mandi dalam kolam besar tu. Hahahaaha. Jujurnya memang berlumut pun. Cuma kolam budak je kurang berlumut. Tak pasti la kenapa, tapi sebab dah sampai kan. Mandi jelaaaa labuuu.





Siap mandi, berkemas dalam bilik, terus check out!

Sekianlah cerita pendek staycation kami di Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA ☺

p/s : 25 tahun yang indah bersama keluarga kecil. Terima kasih kepada semua ucapan dan doa. Semoga Marjana menjadi lebih baik tahun ini dan tahun seterusnya. Amiin! Happy birthday to my mom too!


Shell out advanced birthday celeb!

Surprise delivery from Maksu

Jumpa lagi tahun depan!

Comments