BEST MOMENTS IN 2019

Assalamualaikum,

Tahun baru, azam baru,
Dah masuk 2020 pun,

Kereta korang dah terbang ke belum? 😆

2/365 of 2020



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,

Tak tergambar syukur masih berpeluang, masih bernafas dengan kesihatan yang baik memasuki tahun 2020 ni,

Sesungguhnya 2019 telah mengajar macam-macam nilai dalam hidup. Terlalu banyak kenangan yang kalau boleh tak nak dilupakan sampai bila-bila. Tapi kalau lupa jugak buat apa? Haa baca la blog ni balik hahaha

So tahun 2019 ni mari kita throwback ikut bulan,
-
JANUARI

Alhamdulillah masa ni kandungan dah 6 bulan. Perasaan happy teruks lagi-lagi bila tengok baby dah pandai tendang. Seronok tengok.

FEBRUARI

Family day satu keluarga besar Cik Kiah. Boleh kata sepanjang hidup 24 tahun, inilah kali pertama kami berkumpul sama-sama. Even raya pun tak boleh dapat complete macam ni hehe. Ni memang lejen laa so perlu di simpan untuk kenangan. Gituu.

Bertempat di Tanah Aina Fareena, Bentong. Memang paduuu. Tomyam dia sedaaap. Kene repeat bila balik nanti. Tunggu Thoriq dah besar sikit.




MAC

My favorite month 💋

Early birthday celebration in Grand Lexis, Port Dickson! Hakak mengidam teruks nak mandi pool. Disebabkan mandi pool public macam tak sesuai so terpaksalah cari stay yang ada pool. Alhamdulillah syukur, ada duit boleh dapat book satu malam hahaha. Seronokk sangaat! Nak pergi lagi pls! 😆

Alhamdulillah tahun ni laki ai buat surprise gitu di Secret Recipe. Pandai jugak laa nak sweet-sweet gitu hahaha

Selepas berseronok-seronok, bulan Mac ni juga family mentua dan suami ke Vietnam, first time. Tapi ai tak dapat ikuuut. Sedih mak. Kena tinggal. Dok bergenang air mata jela kat Malaysia. Laki kat Vietnam huhuhu




APRIL

Konon firasat mak-mak anak nak keluar bulan sama dengan bonda dia bulan Mac. Cett rupanya nak geng abah jugak. Akhirnya, 10 April 2019, lahirlah Thoriq Addin ke donia.

Alhamdulillah, terima kasih anakku untuk pangkat 'Bonda'. Terima kasih Allah.




MEI

Ramadhan pertama bersama Thoriq Addin. Susah senang toksah cite sebab memang sangat penat dan mencabar untuk mak anak satu. First time in everything kaan. Hadap laa ya kena ganti puasa sebulan hoho



JUN

Hashtag #rayabertiga! Oh yeah. Raya di Springhills tahun ni. Tema hijau. Fully sponsored pakaian kami anak beranak hehe. Mekaseh mak.

Kenduri Aqiqah untuk Thoriq juga selamat dan lancar. Terima kasih atuk untuk kambing kedua. Kambing pertama dah selamat masa hari ke-7 kelahiran. Terima kasih Mak Zabedah. Maka, selesaikan Aqiqah untuk Muhammad Thoriq Addin.





JULY

Sebab selalu sangat tengok artis post anak depa mandi dekat Hippopo Baby Spa, perasan bonda ni teringin beno nak bawak Thoriq pergi sini. Tak sangka nak pergi pun kena book awal sangat sebab selalu sangat full.

Akhirnya berjaya book dan Thoriq enjoy his first swim. Lepas mandi terus out, tidur nyenyak. We are happy parents!

We also went to Dash Box Hotel, Cyberjaya for our staycation! Fuhh superb!






AUGUST

Aidiladha Thoriq bersama bonda dan abah di Jenderak Utara, Pahang. Recycle je baju raya. Thoriq pun ngam-ngam je dah baju dia hehe

Dan selepas hampir setahun menanti dengan penuh kesabaran, akhirnya kami dapat kunci rumah pertama kami 💕 Alhamdulillah. Macam-macam drama pasca dapat kunci ni hahaha. Tapi kami berjaya harunginya dengan tabah kahkah




SEPTEMBER


Excited kan dah ada rumah baru jadi sebulan ni memang kerja nya menyiapkan rumah jela. Beli itu ini. Duit macam air je. Laju je habis hoho. Jadi, menyimpanlah sebanyak mungkin sebelum beli rumah ya. Ini moral of the story hahaha.



OCTOBER


Our first beach vacation with the family. Ke Melaka ke kita. Silap laa tempah homestay sebelah pembetung hahaha. Adoi lah. So mandi buat syarat je. Tak repeat pun 💁



NOVEMBER


Next vacation ke Cameron Highland! Thoriq sangat behave sampai tido nyenyak malam tu. Balik je dari CH terus demam panjang hoho. Maybe badan terkejut sebab sejuk sangat kan. Kesian baby bonda. Takpe, we learnt from mistakes k.




DISEMBER


4th time swimming session @ Hippopo Baby Spa. Ada lagi 9 baki session untuk pembelian 10 sesi/setahun. So kita sambung tahun 2020 ya.

Sempat lagi pergi Batu 4, Port Dickson layan mandi laut. Picnic sambil makan nasi lemak. Superb 💛




It's a wrap! Fuhhh, panjang dan lama betul nak buat post ni. Nanti masa ai dah ada cucu, nak tunjuk. Haaa, sama tak muka dengan abah awak? Gituu

Kudos 2019! Such a great year for me, for my little family. Till then, jaaaa :)

Comments