Hippopo Baby Spa & Wellness

Assalamualaikum peeps!

Nak jadi cerita lepas 3 minggu booking by call, akhirnyaaa sampai juga hari yang ditunggu-tunggu nak bawak Thoriq pi spa 😄

Bonda tak pergi spa takpaa, asal anak dapat pi HAHA

Booking kami pukul 10 am hari sabtu, kira sesi pertama laa selepas Aeon Shah Alam dibuka. Mungkin pukul 10 AM tu macam tak sesuai sangat sebab Thoriq masih mengantuk dan tak bersemangat sebab dia mamai je. Tapi bila letak dalam stroller okay je laa dia. Dia tau nak pergi jalan-jalan hahaha

Good boy sampai tepat pada masanya


Pukul 10 kami sampai di kaunter Hippopo, daftar isi form dan staff cek suhu Thoriq. Strict yaa kalau demam, flu, batuk tak dibenarkan masuk sini. Logiknya bahaya untuk bayi lain. Kan imunisasi baby rendah. So parents dont be selfish. Kalau anak tak sihat just reply cancel masa dorang nak confirm booking beberapa hari sebelum appoinment k 😚

Happy kiddos, wachaa!

Kali ni sebab pertama kali, kami pilih pakej penuh RM88 per session. Ada gym + swim + massage. Dimulakan dengan gym, macam streching laa sebelum swimming tu.

Sesi stretching tu Thoriq teruja dengan mainan gantung. So basically dia tak heran pun staff tu buat apa. Haha.

"Abah please belikan satu letak kat rumah"


Next, swimming time! ni paling best pun. Comel gila tengok kaki tangan kecik dia dalam air. Bila first time macam tu baby pun try to adapt to the new environment. Muka pelik je. Air suam dan banyak mainan pun macam dia tak pelik sangat haha

Suku masa pertama Thoriq dah penat. Mungkin juga sebab haus tak puas minum. Pause kejap sesi swimming, masuk nursing room -- menyusu. Habis menyusu sambung balik haha. Kali ni lebih bertenaga daripada sebelumnya.


Pakai pelampung saiz M, sorry anak ai memang chubby ciked haha

Lovely picture taken here, macam dah besarrr

"Sikit lagi sayang, dah nak habis masa dah"

Tapi akhirnya dia penat jugak haha. Staff spa kata memang biasa first timer baby akan cepat penat sebab first time kan, lagipun dia kecik lagi. Katanya elok bawak seminggu sekali nanti baby akan biasa. Hmm nanti la bonda pi kutip duit saaat 😛

Next session, massage. Bila tengok muka Thoriq nampak sangat dah penat dan mengantuk gila haha. Jadi sesi ni macam sesi yang sangat panjang. Dia pun dah mengamuk nak tido je. Puas laa staff tu tenangkan dia. Me as his bonda tengok jelaa dari jauh, kah! Pandai-pandai laa staff tu buat kan anak kita, janji dia senyap

sorry lah ai exhausted omo

Lepas dah habis sesi, terus pakaikan Thoriq baju. Dodoi sekejap dah tido. Memang dia pun dah mengamuk nak tido. Penat sangat dah gayanya tu. Dah tido tu terus letak dalam stroller, tolak pergi kedai makan. Bonda dengan abah dah kelaparan tengok Thoriq mandi 😆

So overall seronok laa tengok anak kita main air. Dia pun memang suka mandi. Cuma maybe sebab tak pernah jadi dia lebih kepaada explore daripada enjoy the moment. In shaa Allah ada rezeki memang nak bawak lagi.

Akhirnyaa, ily my son! Till next time 

Target kalau dapat pergi sebulan sekali pun dah cukup bagus. Nanti dah besar sikit boleh hantar kelas berenang pulak. Doakan yaa. Semoga impian ini tercapai. Amiin.

Comments