Dash Box Hotel Cyberjaya

Assalamualaikum peeps!

Alkisah minggu lepas, tetiba somi ai suruh cuti hari isnin. Ai pun pelik dan bertanya lah,

"Cuti nak buat apa"

"Kita pergi la jalan-jalan Melaka ke apa ke"

"Ohh gitu ke, okayy"

Without further conversation, ai pun mengiyakan jela. Walaupun hakikatnya sampai sudah lupa nak apply cuti hahaha

Esok malamnya, tetiba mesej Whatsapp masuk,

"Sebenarnya abang ada surprise untuk sayang. Nak tau tak?"

Well, knowing my husben, i just tell him to tell me what the surprise is

"Susah laa nak berahsia dengan orang tersayang ni. Confirm nak tau?"

"Yes"

Then, he sent a photo of a booking to Dash Box Hotel Cyberjaya for a night!

Omoooo, rasa macam nak menjerit hahaha padahal tengah dodoikan Thoriq masatu. Sebab tu la kene Whatsapp pun walaupun hakikatnya duduk depan mata je masing-masing hahaha. Silent mode on sebab Thoriq nak tido 😛

Fuh, sebabkan hotel tu dalam list Staycation wishlist ai, obviously I'm soooo happy omo ily husben! Muah banyak ciked 💋

--

Hari Ahad kami sampai Cyberjaya awal. Singgah Dpulze Shopping Complex since tu mall terdekat yang ada. Yelah nak check in awal-awal pun buat apa kan. So pergi laa cuci mata dekat SSF memandangkan memang dah lama teringin nak pergi SSF. Malangnya, SSF Dpluze kecik cenonet je huhu. Nak jalan pun langgar punggung je. So not recommended sangat laa. Kena pergi bigger branch.

--


Check in dah lambat. Pukul 6 petang jugak laa sampai. Ambil kunci kt receptionist. Dapat bilik 301. Masuk bilik ada 2 katil single. Alamak. Terus check booking. Dah pilih King Suite Pool dah. Okay terus call receptionist.

Nice room btw 

Mengadulah kat receptionist, kami ada anak kecik tak sesuai pakai single bed ni. Sebab memang dah request katil besar. Yelah family kan. Walaupun boleh gabung dua tapi still tak stable. Satgi anak ai jatuh cemanaaa. Naya ja.

Budak ni rasmi dulu, btw bilik ni memang betul-betul depani kolam, bukak pintu jer

View dari bilik 301


So lepas beberapa sesi perbincangan, pihak pengurusan Dash Box Hotel setuju untuk bagi bilik kosong yang ada katil king. Bilik tu Deluxe so memang lagi besar lah. Bilik tingkat atas. Patutnya kena tambah lagi RM100 tapi atas kebaikan pihak pengurusan kena tambah RM50 je. Mekasehh! Servis tiptop! Nah hakak kasi 💫💫💫

--

Akhirnya dapat bilik 306. Bilik sebelah je cuma tinggal atas. Besaaaar weh! Tak menyesal pun upgrade. Alhamdulillah. Bukan ke setiap kejadian ada hikmahnya? Kena sabar jela sikit. 😊

Room changed! 


Badan pun dah penat, malam tu aktiviti memang rawat dan rehat je. Since kami duduk pun kat Cyberjaya, dinner pun order guna FoodPanda je. Best laa servis laju. Dinner makan nasi ayam penyet dari Dapur Penyet. 20 minit je tunggu makanan pun sampai. Kenapa laaa Telok Panglima Garang takdok servis gini? Sadlife betul. Meh.

Sorang ni memang dah penat tak boleh bawak bincang dahhh

View dari bilik 306

--

Pagi yang indah selepas tidur atas tilam king super empuk. Thoriq pun tido nyenyak sampai ke pagi. Bangun untuk isi minyak je HAHA.

Encik husben dah book sekali breakfast, jadi kami pun ke kafe untuk makan pagi. Pakej breakfast RM20/pax kalau booking di Agoda. Bila ke kafe rupanya konsep dia kena order makanan daripada menu. Sebab tak semua orang amek hotel sekali makan. Maksudnya yang tak ambil breakfast masa book hotel kena bayar harga makanan ikut harga menu. Kalau yang dah book awal, order je laa apa nak makan pun, kira free je sebab dah include sekali. Gituh.

Morning walk peeps

So kalau tak amek breakfast i recommend korang pergi je makan kat luar sebab mahal weiii 😂 Nasi lemak rendang ayam RM25 sepinggan hmm better korang cari mamak haha. Or better advise, book je bilik sekali breakfast kan senang!

Cafe

Lepas dah puas makan sampai kenyang, order segala entah apa-apa dari menu. Kita pun enjoy! Mandi time. Mula-mula macam cuak gak sebab Thoriq ni tak pernah mandi air sejuk. Tapi bila bawak dia masuk air Alhamdulillah dia okay je. Excited bebenor. Seronok tengok.


hello pulis air ni sejuk tolong saya



So yeah, thats it our short and sweet staycation in Cyberjaya. Balik rumah pun dalam sejam dah sampai. Tak payah pergi jauh-jauh pun kalau nak bercuti kan.

Adios! Jumpa lagi 😎


Comments