Surat Cinta 19 April

Kehadapan suamiku yang amat kusayangi,

19 April 2019, maka genaplah umurmu yang ke-24. Terima kasih kerana telah menjadi suami yang terbaik sepanjang tempoh berkahwinan kita yang baru setahun jagung ni huhu. Sanggup berkorban macam-macam demi memastikan bonda dan Thoriq sentiasa dapat yang terbaik.

Memandangkan birthday abah jatuh pada hari bonda masih berpantang, jadi tak dapat ler nak belanja Secret Recipe kan haha, jadi setelah puas berfikir, bonda pun tempahlah cupcakes khas dan mintak runner hantar sampai depan pintu office. Haha. Hope u like it!

Nak tulis panjang lagi, tapi kang meleleh pulak air mata. Hahaha.

Last wish, semoga abang sentiasa dalam lindungan Allah dan sentiasa dipermudahkan segala urusan. Amiin.

We love you (bonda & Thoriq) !


Comments