Grand Lexis Port Dickson

Olaaaa everybody!

Cerita pasal mengidam, aku rasa mengidam mandi pool adakah perkara yang paling costly sepanjang pregnancy ni hahaha, entahlah agaknya nanti anak aku boleh jadi perenang negara kot 😆😅

Jadi selepas beberapa kali usha tempat yang menarik untuk lepaskan segala stress dan dapatkan sedikit ruang bersama suami, akhirnya kami memilih Grand Lexis Port Diskson.

Fyi, di bawah Lexis group ada 3 jenis hotel,

Grand Lexis
Lexis
Lexis Hibiscus

View dari Parking lot


Jadi, pilihan Grand Lexis adalah kerana private pool dan harganya yang lebih murah berbanding Lexis Hibiscus. Nak tau berapa harga? Boleh usha Agoda.com atau Booking.com sebab harga adalah berbeza mengikut tarikh dan musim cuti.

Percutian 2 hari 1 malam ni sangat singkat sebenarnyaa, omo i need more time to be in the pool! hahaha. Rentetan dari penginapan ni, aku dah bagitahu laki aku siap-siap, kita kena kerja kuat, I nak rumah kita ada pool hahaha, k sekian. Semoga dimakbulkan, amiin 😚

Ramai yang berminat nak tahu tentang Grand Lexis ni kan? Mungkin sebab harganya yang agak Yahudi so tak ramai yang berpeluang nak pergi, tapi sebab dah nak pergi sangat, kita tutup mata jela ya.

Ada banyak jenis unit penginapan dalam Grand Lexis ni, kami pilih Deluxe Suite atau Garden Pool Villa. Jadi tingkap kami tidaklah menghala ocean view. Tingkap kami nampak parking lot je dik hahaha. Tapi who cares? nak mandi pool kot bukan nak tengok tingkap 😝 Tapi yang pasti harga bilik ocean view lebih lah mahal berganda. Sila take note.

Garden Pool Villa

Overall sepanjang less than 24 hours di Grand Lexis, yelah Check-in pukul 3 petang, check-out esoknya pukul 11 pagi. Kau rase? Memang tak puas kott adedeh. Takpe nanti tanam cili banyak-banyak lepastu boleh book lagi okay 😂😂

Sampai je kami di sana dalam pukul 3.30 ptg, orang tengah beratur nak check in. Ramaiiii sangat omo. Patutlah kerajaan tak percaya bila orang Malaysia kata takde duit, meh. Tapi kaunter banyak dan cepat.

Selepas tu kami beratur untuk naik buggy service ke bilik yang telah ditetapkan. Naik buggy ni best, aku ni first time so agak batak laaa hahaha. Bilik kami takde la jauh sangat. Tapi cepat la sampai bila naik buggy kan.

Masuk je bilik, memang terus tengok pool! Ya Allah, terima kasih atas nikmat sementara ini Ya Allah.

2 king beds, maximum capacity 4 orang


Priceless smile, nanti kita pergi lagi okayyyy

Rasa macam nak tido je dalam pool tu, cantik dan bersih. Rasanya untuk stay 1 family, pool ni pun dah sesuai. Tak besar sangat, just nice orang kata.

Lepas letak barang, apalagi terus terjun lah! Jangan buang masa weh.

Dah berendam tu dah lapar pulak. Kami call restaurant untuk in room food service. Harga dia biasalah nak, boleh dapat set KFC besar untuk sepinggan Spagetti Bolognese haha. Rasa dia beshe-beshe je. Masa yang diambil untuk hantar pun agak lama. Nasib baik call awal. Kalau sudah mandi baru call, nampaknya kelaparan kesejukan laa haha.

Layan minum petang sambil tengok pool, nasib baik tak makan dalam pool haha

Dah siap makan mandi semua, baru lah kami keluar ke receptionist, nak tengok apa-apa aktiviti yang boleh kami buat petang tu.

Sampai di kaunter, ternampak signboard Cruise, alahai dah terlepas. Sayang betul. RM88 seorang untuk dewasa. Pelayaran cruise 1 jam setengah dari 6.00 pm hingga 7.30 pm. Kami dah terlewat setengah jam. Tak boleh buat apalah.

Nak sewa basikal dah petang, kaunter sewa basikal tutup pukul 7.00 pm. Kadar sewa 1 jam RM10 sahaja untuk 1 basikal. Aktiviti lain ada memanah, mini car, crabbing and fishing, etc. Since ada sign Indoor Game, kami pergi lah ke tingkat 2 untuk tengok tempat indoor games tu. Well tak berapa menarik pun. Sebelah indoor games room tu ada Spa. Harga Spa mahei sangat pulak. Hahah jadi kami pun pulang ke bilik dengan hampa. Mungkin next visit boleh try cruise tu lah, atau memang kene plan betul-betul nak buat apa supaya boleh bajet masa.

Malam tu kami dinner kat Anak Bapak Corner, Batu 4. Not bad laa.

Hari kedua dimulakan dengan mandi kolam satu kali lagi haha sebelum ke lobi untuk sarapan. Since hotel ni 5 bintang, so expectation aku memang sangat tinggi untuk sarapan pagi dia. Call buggy service, tunggu punya tunggu tapi tak sampai jugak. Dah setengah jam. Masa tu dah pukul 9 lebih. Sarapan habis pukul 10 pagi. Ah tak boleh jadi camni. Last last laki aku ajak jalan kaki je ke lobby. Slow-slow menapak akhirnya sampai jua.

Memang tak nampak lansung kelibat buggy car, entah mana perginya. Kalau peak hours pun patutnya bersepah la buggy tengah pick up passengers, ni takde nampak pulak. Pelik pelik.

Sampai je depan restaurant, beratur lagi. Ramai betul ya stay kat sini, sis macam blur kejap haha 😂

Dah masuk dalam restaurant nak dapatkan tempat pun mujahadah jugak. Bilik ber aircond dah fully occupied. Tinggal yang open air je. Sis memang tak berkenan sangat open air ni. Panas, jakgi orang nak merokok la apa lah. Bila nampak ada kosong kt dalam bilik aircond, terus ajak suami masuk hahaa

Sarapan dia overall biasa je, takde yang fantastic sangat pun. Pilihan banyak tapi lambat refill. Maybe sebab ramai sangat orang. Krew chef pun bukanlah tak buat keje pun, memang ke sana ke mari je tapi still tak boleh nak supply cukup untuk semua pelanggan yang ada. Aku pun makan nasi lemak je, lepastu coco kruch, butter pudding, salad yogurt, sosej dan nuget, haa tu jela. Dah kenyang!

Balik semula ke bilik dengan buggy car, encik suami pulak terjun kolam sambil sis mengemas untuk balik. Pukul 11 pagi call buggy service untuk check out. Alahi sekejap betul kan? Tak puas tak puas.

In shaa Allah kalau ada kesempatan dan rezeki lagi, boleh laa datang lagi. Nak cuba bilik jenis lain pulak. Nak kene menabung lah dari sekarang 😎

→ Overall rating untuk Grand Lexis PD ;

Bilik : 9/10
Pool : 9.5/10
Service : 7/10
Food : 6/10

Okay tu je coretan penginapan indah kami. Adios!

Comments