Sweet Memories of 2018

Assalamualaikum & Hola everyone!

2/365 of 2019. New chapter of life begin, huh?

Dah ada azam baru tahun ni? Nah, sebelum kita cerita azam. Sis nak throwback habis baik sepanjang tahun 2018. From single to married. From the very beginning of January 2018.


Scrolling dengan gigih gallery sepanjang 2018 mendapati aku sangat banyaaaak travel sepanjang 2018. Phew, what a bless. Alhamdulillah syukur. Masih diberi peluang meneroka dan bernafas di banyak tempat yang menarik. Melihat ciptaan Allah yang Maha Indah dan sentiasa mengajar erti syukur yang sebenarnya.

Life began in 2018 dalam keadaan aku sibuk dengan preparation nak kawen. Well, hanya sebulan sebelum tarikh nikah, aku announce dekat semua orang yang mana menimbulkan kekecohan yang bukan sedikit. Hahaha. Tak kurang ramai juga yang ingat aku main-main dan 'prank' diorang. Weh, mana boleh nak prank pasal kawen kot, serious matter ni 😂😂

Buku merah (baca: passport) aku tahun 2018 sangat meriah. Alhamdulillah berjaya menjejaki beberapa tempat semasa single dan semasa sudah berkahwin. Antaranya termasuklah;

- Kota Bharu
- Koh Samui, Thailand
- Ho Chi Minh, Vietnam
- Brunei
- Sabah
- Surabaya, Indonesia
- Cameron Highland
- Lombok, Indonesia
- Jakarta, Indonesia
- Melaka
- Hatyai

Meriah tak meriah agak-agak buku merah aku? Haha. Macam tak percaya aku pergi semua tempat ni tahun lepas. Phew. Jangan fikir pasal belanja lah. Kalau simpan mesti lah dah boleh beli emas sekilo agaknya hahaha

Dan dalam banyak-banyak memori terindah sepanjang 2018, yang paling indah dan pasti membahagiakan tatkala mengingatinya tentulah memori Hari Bahagia kami pada 28 April 2018.

Alhamdulillah, segala persediaan untuk hari perkahwinan berjalan lancar. Dapat reunion dengan member sekolah, seronok gila kot! Tapi tak lama dapat borak pun maklumlah sibuk bebenor haha. Yang dari Pasoh 3 pun datang, im soooo touch!

And being a wife to Muhammad Zahiruddin bin Abdul Hadi is really one kind of miracle. Macam tak percaya. He's the best listener, a great travel partner, worst enemy and best friend that I ever had. No one can replace this man, forever. Just hoping that our love remains forever until Jannah.


Misi kami untuk menjejalah banyak negara bakal diteruskan tak lama lagi. Perlu tabung travel yang lebih besar rasanya. Haha. Impian tu memang nak ke Jepun, Turki, Korea dan banyak lagi tempat sementara masih muda bergetah ni 😝 But let's just pray for the best to Allah. Sesungguhnya, Allah jualah sebaik-baik perancang.


Tapi dalam banyak-banya tempat yang aku pergi tahun 2018, let's give an award to Lombok as the best destination ever!

We spend our honeymoon there. Just two of us!

Lombok seriously best sangat sampai rasa nak pergi banyak kali. Aku banyak kali menjerit-jerit dalam van. Supir dengan guide terpaksa layan je. Laki aku dah boleh redha rasanya hahaha. Sebab pantai Lombok cantik sangat! Tu pun nikmat yang aku tak pernah lupa untuk bersyukur sebab perjalanan kami ke Lombok sangat lancar dan suasana sangat tenang dan indah sebelum Lombok dilanda bencana alam yang mengakibatkan kemusnahan besar. Mungkin satu hari nanti, kami akan kembali ke sana. Inshaa Allah.


Memandangkan di zaman millenium yang serba materialistik ni, kami suami isteri memulakan usaha berkebun pulak. Hehe. Alhamdulillah, Allah ilhamkan kami untuk usahakan tanaman cili api.

Mohon doa semua semoga projek ni berjaya ya 💋




Keriangan berganda masih diteruskan bila aku disahkan hamil anak pertama kami 💖

Alhamdulillah, gembira tak terkata. Susah nak express tapi im sooo lucky and imma happy mummy. Soon, we will having a child.

Setiap hari aku dapat rasa pergerakan aktif baby dalam rahim. Such a lovely moment to experience.


Jadi, 2018 sudahpun melabuhkan tirainya.

Apa yang bakal jadi 2019? Who knows, right?

Yang penting, dalam 2019 ni. Aku sangaat berharap yang keluarga kecil kami sentiasa dilindungi dan diberkati. Beberapa misi untuk diselesaikan sepanjang 2019 ni;

Azam 2019;

👉 Misi kuruskan Encik Suami
👉 Misi melengkapkan rumah baru
👉 Misi upgrade ASBF ke 200K
👉 Misi Iphone XS

Semoga segala azam dapat dicapai pada penghujung tahun 2019 💪😆
**will read this ever again in last day of December 2019

Comments