Buku Panduan Kehamilan Terbaik

Assalamualaikum & Hello semua!

Alhamdulillah, harini masih bernafas dan bersemangat seperti biasa. Terasa macam baru lepas habis weekend yang panjang padahal semalam cuti sehari je pun Maulidur Rasul 😂

K kembali semula ke sini. Seperti yang dijanjikan, I would love to share beberapa buku yang menarik untuk dibaca oleh para ibu atau bakal ibu yang mencari-cari ilmu dan sentiasa dahagakan panduan untuk menjadi ibu yang thorbaek. Hehe. Ayat nak gempak je en. So yeah, here we gooo 💨💨

1. TAHNIAH, ANDA HAMIL


Ulasan: Kalau korang paling malas nak baca buku banyak-banyak, buku ni complete! Lengkap dari permulaan pembentukan zuriat tu sendiri, sehinggalah topik keselamatan bayi selepas bayi dilahirkan. Macam kamus bergambar pun ada sebab penuh warna warni dan ilustrasi. Buat penggemar buku yang suka kan gambar dan kurang teks, buku ni memang superb. Padat dengan penerangan yang details. Seronok baca walaupun tebal dan berat 😚😚 Really recommended for those yang tak suka baca buku sebab kupasan yang sangat menarik dan penuh ilustrasi.

Rating: 8.5/10

Penulis: Muhammad Mawardi bin Zakaria, Siti Fairuz binti Zulkefeli, Mohammad Rizalmazli bin Salim, Muhammad Yusuf bin A Kadir

Penerbit: Telaga Biru

Harga: RM69.00


2. INDAHNYA DUNIA HAMILKU!


Ulasan: Buku ni kedua recommended after buku pertama di atas. Tak banyak beza cuma kurang tebal, jadi mungkin boleh dikatakan kurang info juga dibandingkan dengan buku pertama. Fully colored dan banyak gambar juga. Jenis bacaan yang ringan dan santai. Bagus untuk dijadikan panduan segera, sebab tak berat sangat, tak tebal sangat. Just nice. Ada bonus senarai nama-nama anak di bahagian paling belakang buku. Yang tu best.

Rating: 7/10

Penulis: Ruzita Awaludin

Penerbit: Karangkraf

Harga: RM30.00


3. AMALAN IBU MENGANDUNG


Ulasan: Buku paling ringkas dan kecil. Padat dengan petua, tips dan nasihat untuk ibu mengandung. Banyak juga doa yang disertakan dalam buku ni yang boleh diamalkan oleh para bakal ibu. Ada juga senarai surah dalam Al Quran yang boleh dijadikan amalan sepanjang tempoh kehamilan untuk mendapatkan anak-anak yang soleh dan solehah dan memudahkan proses bersalin nanti. Buku yang ringkas dan banyak sentuhan rohani. Wajar dimiliki oleh semua para bakal ibu.

Rating: 7/10

Penulis: Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato' Haji Muhammad Zakaria, Ummu Sakinah Muhammad

Penerbit: Telaga Biru

Harga: RM25.00


4. HIMPUNAN NAMA-NAMA ANAK (Bonus)


Ulasan: Sesungguhnya mencari nama anak ni bukanlah sesuatu yang semudah yang disangka. Buat masa sekarang kami masih mencari ilham melalui dua buku ni. Banyak pilihan nama cuma tak jumpa lagi yang berkenan hehe.

===============================================================

Sesungguhnya, membaca adalah salah satu cara untuk kita menambah ilmu parenting. Yelah, zaman milenium ni memang kena work hard sikit. Mencabar juga nak jadi ibu bapa yang terbaik mengikut peredaran zaman. Jom kita sama-sama berusaha menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak.

Semoga anak-anak kita membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh/solehah serta dapat berbakti pada ibu bapa, keluarga, agama dan negara 💪💪

Alhamdulillah, sekian review buku harini. Semoga bermanfaat kepada semua para ibu!

Comments