Resepi Kerabu Mangga

Hi peeps!

Alhamdulillah sistur punya selera makin hari makin bertambah. Nasib baik laa jadi rajin nak masak jugak, kah!

Last week, i try resepi Kerabu Mangga yang paling simple dari ladang hasil gabungan beberapa resepi. Dan aku dapati penggunaan mangga jenis lemak manis memang thorbaek. Rasa dia memang layan. Tak percaya? Cubalah 😋😋

Taraaa, kerabu mangga dah siap! 

Nah, disertakan bersama resepi yang mudah untuk korang cuba --->


Bahan-Bahan:

2 biji mangga lemak manis (diparut)
1 kuntum bunga kantan (dihiris)
2 biji bawang merah (dihiris)
2 batang serai (dihiris)
7 biji cili api (dihiris)
2 sudu besar udang kering digoreng
5 sudu besar sos ikan
1 biji limau nipis
1 sudu kecil gula
2 sudu kacang tumbuk


Cara-caranya:

1. Gaulkan semua bahan!
2. Masukkan sos ikan, perah limau, perasakan dengan gula, tabur kacang tumbuk --- dan siap!

Sedia untuk dihidang!

*Jangan susahkan benda yang senang, haha. Sila cuba dan saya yakin anda akan lebih berselera jika makan dengan nasi panas-panas, pergh!


Comments