Planner DIY 2019

Salam peeps!

Yeaa, menjelang November ni orang semua pun dah start nak jual planner untuk tahun 2019. Biasalah kan, bisnes planner ni siapa cepat dia dapat buyer lagi ramai sebab bila lambat keluar, orang mungkin dah dapatkan planner dari tempat lain

Well, macam tahun-tahun lepas, aku still dengan cara lama buat planner sendiri. Sebab aku rasa tu lah planner yang paling berguna untuk aku sepanjang tahun. Semua maklumat sumbat sana. Dengan kerja yang memang memerlukan banyak ruang contengan so planner DIY adalah yang terbaik

So mana nak dapat template untuk planner DIY? Design sendiri ke?

Planner ni menjadi pilihan hati. Search guna apps kt Iphone je. Dah berkenan baru cari semua guna Macbook dan print

Oh tidaklah aku terlalu rajin untuk design sendiri, tapi korang boleh cuba tengok dalam Pinterest. Just search "Planner 2019" mesti keluar free download template, yang korang boleh simply download and print! Simple kan? Haha. Hidup ni jangan di susah-susahkan 😚😚😂😂

And i found one for me, dah siap decorate pun. Apa yang penting dalam planner ni, aku akan letak birthday families -- well susah nak hafal semua benda bila dah makin banyak komitmen ni. Lepastu akan ada catatan untuk trip melancong mak, abah, ujang, angah dan my husband since semua pun akan kerap fly, jadi aku kene monitor dan tau bila masa yang dorang takde, so senang nak plan. Seterusnya akan ada sekali appointment dengan hospital, check up, usrah date etc etc. Pendek kata selagi boleh tulis, tulis laa labuu 😂

Jadi, untuk tidak menjadikannya hambar, dan disebabkan aku sangat tertarik dengan warna jadi aku akan beautify planner ni dengan color code tersendiri. So that, dari jauh pun aku dah faham bila aku ternampak warna-warna tu. Gituh.

Alatan mencantikkan planner 


Pastu nak lagi meriah, aku guna sticker comel-comel supaya planner tu nampak sedap mata memandang. Gunakan magic pen jugak, untuk event yang penting sebagai 'bold'.

So ni koleksi menghias planner aku, ada sticker-sticker murah yang boleh didapati di kedai alat tulis dan kedai MR DIY. Magic pen tu aku beli masa zaman universiti lagi guna kad siswa pelajar. Lejen tu. Tak habis lagi. Berkat agaknya 😜


Nampak macam Mac tahun depan duduk rumah je, tunggu masa nak beranak haha


Siap sudahlah planner 2019 aku, planner korang macam mana?

Comments