#BentoProject

Yo minna san!

Pernah dengar perkataan bento?

Bento ni maksudnya bekal makanan dalam bahasa Jepun. Menjadi budaya orang Jepun membawa Bento ke sekolah, ke tempat kerja dan ke mana sahaja mereka pergi hohoho

Adalah menjadi impian setiap wanita yang bergelar isteri untuk sentiasa nak kan yang terbaik untuk suaminya yang tersayang. Actually sebelum kawen lagi aku ni dah berangan nak buatkan Bento untuk suami bawak pergi keje huhu

Hias bento cantik-cantik, masak sedap-sedap haha. Alhamdulillah impian untuk sediakan Bento untuk encik somi masih tercapai walaupun cuma beberapa kali. Because it turns out to be encik somi sempat je sarapan sesama kat rumah, so tak perlu pun nak sediakan bekal. Gituh.


Aku ni dah berangan sampai kononnya nak bukak ig account ; #BentoProject sesenyap pastu post semua gambar Bento yang aku buat hahaha. Konon untuk motivasi dan inspirasi akan datang hahaha lawak betul kalau fikir. Tapi apakan daya, tak kesampaian.

Tapi takdelah macam sedih sangat pun. I've tried my best apa. And I still can have my breakfast dengan somi tersayang. Tu pun dah cukup bagus. Im so blessed. 😙

Disebabkan excited masa awal-awal tu, aku simpan je beberapa Bento yang sempat aku buat untuk encik somi hahaha. Gigih i siap edit gambar lelawa lagi.

Alhamdulillah, actually banyak je Bento yang sempat aku buat, cumanya tak sempat nak snap gambar 😅😅

So here are the collection, taraaa 💞💞

Spagetti bolognese + Kiwi with yogurt


Nasi goreng kampung with telur goreng + Strawberry + Kiwi

Pasta Tomyam + Bergedil daging


Aku ada jugak terbaca artiket dekat facebook yang dia ni bangun pukul 5 pagi setiap hari untuk sediakan lunch box untuk somi dia. Bagusnya kan. Banyak pahala dia. Keep it up sistur! I'm sooo inspired!

Till then, jumpa lagi. Mungkin next #BentoProject masa anak masuk sekolah pulak. Boleh laa susun comel-comel, letak vitagen ke milo ke dalam bekas yang sama. Hoho alangkah bahagianya! 😍😍 #feelingmakmak

Comments