I'm Pregnant!

Alhamdulillah, last month lepas kami sambut 4th-monthsarry, Allah hadiahkan banyak nikmat pada kami berdua. Pertama, permohonan pembelian rumah pertama kami diluluskan. Kedua, Allah hadirkan insan kecik dalam badan aku! Im going to be a mother soon! Alhamdulillah syukur sangat-sangat.

Setiap kali ditanya, macam mana aku boleh tahu, jawapan dia senang je. It's all about instinct. Betapa aku melasak, pergi ke Jakarta la Sabah la without knowing that I'm actually pregnant. Hahaha bahaya weh. Tapi Allah pelihara benih ni kuat dan terus membesar sehinggalah harini ini.

Harini dah masuk minggu ke-12, lebih kurang 3 bulan dah la. Alhamdulillah. Taktahu nak describe macam mana feeling nak jadi Bonda tu memang macam wow gila.

Awal trisemester memang takde alahan yang teruk. Aku cuma jadi super saiya sikit laa emo tak tentu pasal, makan sebanyak-banyaknya, pemalas, tido je keje hahahaha. Tapi benda tu seriously tak tau laa kenapa. Bak kata mak aku, 'Along ni menjadi-jadi malasnya sebelum ni takde la macam tu pun' Kah! Maafin kami 😆😆

Masa aku buat UPT (Urine Pregnancy Test) buat kali pertama tu, aku sebenarnya tak mengharap pun ada 2 line. Just that, curious. Kenapa laa aku jadi kuat makan sangat lately. Adakah aku mengandung? Lepas aku scroll beberapa website, aku baca simptom orang pregnant ni semua macam aku dah ada. Except for alahan dan muntah dan loya tu lah. Tu yang menyebabkan aku kuat nak buat UPT tu. Haha.

Positive UPT 😍

Bila tetiba line tu jadi 2, aku dah taktentu arah dah. Terus panggil husben. Dia yang macam pelik kene panggil terus masuk bilik air, muka blur je.

'Eh, I pregnant laaa'

'Oh yeke, okok'


Hahahahaha respon laki aku memang blur habis. Muka pun macam tak percaya. Even lepas aku sudah mandi muka dia masih macam takde apa yang berlaku. hahahaa. Dia cuma kata kene confirmkan kat klinik sebelum bagitahu semua orang. 

Masa tu kami tengah bersiap nak ke Jakarta, attend wedding sepupu di sana. Jadi sepanjang perjalanan tu memang aku dok membayang laa, macam tak percaya je pregnant hahaha. Dan disebabkan laki aku macam tak percaya, aku buat second UPT test selepas pulang ke Malaysia. Dan keputusannya tetap sama. Alhamdulillah.

Kami ke klinik Siti Taman Perwira untuk buat scanning dan pengesahan mengandung. Nak tau estimated time of delivery jugak. So yeah, ke klinik ke kita. 

Say Hi to #BabyMZ

Alhamdulillah kandungan masa ni dah 10 minggu. Bentuk baby pun dah jelas. Ada bunyi jantung lagi. Sumpah terujaaa weh haha. Anak pertama kan. Alhamdulillah.

So lepas je tau dah pregnant tu, aku pun start amek makanan yang berkhasiat. Banyak jugak benda yang aku dah completely stop makan. Benda-benda yang instant, kurang berkhasiat. Husben I la jadi pulis semua benda tak boleh makan. Hahaha redha jela. Demi kebaikan bersama kan.

Nah, ni ler koleksi buku aku baca sekarang 😎

Let's reading guys! Haha 
Akhir kata, doakan kesihatan saya dan kandungan saya sehingga ke akhirnya ya. In shaa Allah saya akan kongsikan segala benda berfaedah yang saya baca dekat sini. Bila rajin saya update lah ya 😆😆

K semua, boi!

Comments