Travelog : Lombok
Alhamdulillah, pertama kali aku nampak laut pantai Lombok kat google aku dah cakap dalam hati,
Plan punya plan, banyak tak jadi jugak. Last plan nak pergi dengan Mir. Nah, dia budak medic susah nak cuti pulak. Akhirnya percaturan Allah jugak the best, aku ke Lombok dengan En Somi. Fully sponsored! Haha. Hadiah kawen dari mak abah gittew. Alhamdulillah rejeki.
1 Julai yang lepas kami berangkat ke Lombok. Actually lama dah nak tulis dalam blog ni haa tapi apakan daya masa tiada. Komitmen berselerak. Kerja selambak. Itulah realitinya hahaha
K back to the story,
Perjalanan dalam flight ke Lombok lebih kurang 3 jam. Airport Lombok tengah renovate banyak bahagian so aku bet lagi 2-3 tahun airport tu pun dah lawa kalau nak pergi sana.
Kami dijemput oleh tour guide di kawasan ruang legar menunggu ketibaan pelancong, ditemani dengan seorang supir. Jadi 2 orang laa guide yang bawa kami sepanjang berada di Lombok ni
Lombok,
Jalan rayanya tenang,
Tepi jalan banyak jual tembikai atau orang tempatan panggil semangka,
Cuacanya panas litlit,
Kelihatan padi di sepanjang jalan,
Ada juga kuda digunakan sebagai public transport orang tempatan,
Masjid dan surau tak terkira banyaknya,
Sebab tu lah Lombok dikenali sebagai Pulau Seribu Masjid
Hari pertama bermula dengan lawatan ke tempat membuat songket. Bagi orang Lombok, semua perempuan mesti kene pandai buat songket. Kalau tak pandai tak boleh kawen huhu. Naseb baik Malaysia tak cemni, kalau tak pengsan aii 😝😝
Bila dah sampai tempat pameran songket tu, local guide di pusat pameran tu offer kami untuk pakai pakaian tradisional orang Lombok, pakaian perkahwinan dorang. Bila fikir macam best jugak, kami pun try ler! haha murah jek k. Dalam RM15 je sepasang tu hoho
Okay om tante, kami udah bernikah 💖
After the first visit, kami singgah untuk lunch di restoran sebelah Grand Royal Bil Hotel, Alhamdulillah makanan tengahari kami sedap banget 👍👍
Seterusnya kami ke perkampungan Sasak Ende.
Okay kampung ni unik sebab banyak perkara. Kaum Sasak adalah kaum asli Lombok. Dulu dorang ni bukan Muslim dan mengamalkan animisme. Tapi sekarang ni hampir 99% penduduk Lombok adalah Muslim, Alhamdulillah
Perkampungan Sasak Ende ni antara kampung yang masih dikekalkan adat dan keaslian nya. Banyak perkampungan lain yang dah dinaik taraf, dah upgrade jadi rumah batu dan sebagainya. Jadi tinggal perkampungan ni antaranya yang masih utuh sebagai perkampungan asli masyarakat Lombok
Di sini, biasanya akan ada sorang Ketua Kampung. Rumah mereka diperbuat daripada bahan-bahan asas yang mudah didapati. Lantai rumah dorang buat guna taik lembu. Jadi baunya memang menyengat sekali. Taik lembu yang kering dah takde bau. Tapi memang lantai dia guna taik lembu la huhu. Kami sendiri tengok. Bumbung nya pakai daun lalang yang diikat ketat dan rapat sampai jadi sekeping atap, bila atap tu dah cukup banyak untuk cover bumbung tu, baru laa ditukar atap yang lama.
Kawasan kampung ni sangat tenang. Ada haiwan ternakan, budak-budak bermain lari-lari, ada tempat menenun songket, ada tempat mereka berhibur, ada main alat muzik semua dan tempat khas macam dewan laa untuk mereka bermesyuarat.
Sebenarnya banyak gila benda nak cerita, tapi aku tak larat nak bebel haha
Nah, aku belanja jela gambar-gambar indah sepanjang di sana. Credit to my beloved Iphone 7. Betapa aku perlukan Iphone 8+ ke atas untuk hasil gambar yang lebih menarik keke *hint ciked*
p/s: Gambar berterabur dan tak ikut perjalanan kami di sana, haha belasah jela!
Here we go! Rasmi guna passport cover memasing 😆 |
Last lunch date before going back to KL |
Pasir dia besar-besar tau. Kasar. Ni dekat Pantai Mandalika. |
Tepi pantai sebelum naik bot ke Gili Trawangan 💦 |
Yeah, we're riding on the boat! Laju oii |
Muka laki ai tengah layan angin kuat atas menara tinjau di Islamic Centre |
Ni kes beli baju sama kat kedai souvenirs, terus pakai dalam fitting room haha |
Hello, we're on top of Lombok, pulau seribu mesejid! |
Our honeymoon room decoration 😍 Maceh mak abah lanje 😘 |
At Gili Trawangan. Muka dah tak mampu nak makan bila semua lauk sayur haha |
Heading back to the hotel with 'Kereta Kuda'. Asyikk banget! |
Oh, ni la nama dia candle light dinner, nampak tak candle nya di mana? 😚 |
Kasi can aaa bersanding ala-ala orang Lombok. Hai temen-temen kaum Sasak 😎 |
Sebab tak tahan tempting sangat jagung bakar ni, apalagi rembat ler satu sorang. Tak dilupakan air kelapa, pergh 💦 |
Muka excited bebenor dapat mandi air terjun. Sis duk tepi je. Takde baju hahaha |
Bergambar dengan kanak-kanak dari Kaum Sasak. Menarik sangat pasal dorang ni. |
Last but not least in Gili Trawangan, layan Gelato satu kalii. |
Honeymoon present, much love from Lombok 💋💋 |
Okay sekian sahaja spam untuk blog post kali ni. Alhamdulillah kami selamat sampai ke tanah air. Mendengarkan kisah tragedi gempa di Lombok baru-baru ni, hati aku rasa sedih sangat. Teringat perbualan kami dengan mas supir di sana masa kami honeymoon tu. Katanya Lombok tak pernah gempa kuat, semuanya dalam kawalan. Tapi kuasa Tuhan melebihi segalanya. Kita pun taktau apa nasib negara kita pada masa akan datang kan
Semoga semua mangsa yang terlibat dalam mengharungi ujian ini dengan penuh sabar. Amiin.
Comments
Post a Comment