Cerita Raya 2018

Salam 6 Syawal semua!

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk beraya tahun ni. Harini macam tetiba mood sampai nak menulis dalam blog. Sempat jugak throwback baca entry raya yang lepas lepas. Nampak laa perubahan kematangan nya itu haha. Sesiapa yang memang follow dari dulu boleh tahu.

Yang lepas tu biar jelah. Kita nak cerita yang tahun ni. 😝

Cerita raya tahun ni memang sangat istimewa. Beraya sebagai seorang isteri dan seorang menantu merupakan pengalaman baru yang takkan dapat dilupakan. Yes, itulah sebab kena ada blog. Agak-agak nak tua nanti nak throwback kan senang. Hoho.

Selalu kalau dah kawen ni, benda biasa yang orang akan tanya,

"Raya belah mana tahun ni?"

Alhamdulillah suami sangat memahami. Kami tak perlu pun nak berdrama atau baling periuk masa nak decide nak raya mana. Bincang je bebaik dan tahun ni kami beraya di Jenderak Utara, Pahang! Fuh, belah saya laaa tu. Memang terbaik 😙👍

Disebabkan cuti En Z (baca: suami saya) tak banyak, jadi plan raya kena mantap baru laa dapat raya sakan haha. Raya tahun ni jatuh pada hari Jumaat, jadi kami mula bercuti pada hari Khamis. Petang Rabu dah gerak balik rumah my MIL --- kemas rumah, siapkan bahan-bahan untuk buat rendang, rebus ketupat dan tolong laa jugak memana yang sempat. Kira spent time dekat rumah MIL sebelum gerak ke Pahang.

Petang Khamis, kami bertolak ke JU (baca: Jenderak Utara). Rasa takjub kejap sebab tak jem. Allahu, 23 hidup, tak pernah balik raya tak jem. Hahaha.

Jem kejap je di Genting Sempah
Mungkin sebab dah sehari lagi nak raya. Semua orang pun dah sampai kampung. Kami jee baru nak gerak pulang hoho. Alhamdulillah dipermudahkan perjalanan kami. Walaupun aku tewas tertidur kejap dalam kereta, tapi kemeriahan nak balik kampung tetap terasa hahaha

Nak jadi cerita best raya tahun ni, macam-macam pulak yang jadi masa dekat JU. Beberapa kali kami di rumah nenek dalam keadaan blackout. Jadinya panas yakmat hahaha. Disebabkan tu jugak speaker masjid rosak. Sunyi sepi JU sebab takde orang takbir. Selalunya dengar je sebab rumah nenek dengan masjid memang dekat.

Pagi raya lagi sadis. Selesai bersiap. Siapkan En Z. Kami pun bergerak ke masjid berjalan kaki. Katanya solat sunat Aidilfitri mula pukul 8.30 pagi. Sampai je kat masjid, orang dah rakaat kedua. Hahaha. Kami pun berhuhuhu dan balik ke rumah nenek semula. Patutlah ramai betul orang kat luar masjid. Rupanya tengah mengenang nasib tak sempat nak solat raya hahaha. Maklumlah, speaker kan rosak. Kami takdapat dengar apa-apa. Nasib laa. Siapa suruh gerak lambat. hoho.

Raya kali ni juga merupakan pengalaman baru untuk En Z beraya di kampung. Adat lah orang baru dalam keluarga, kene buli sikit-sikit haha. Btw, Im still proud of him. He managed to blend with all the relatives and love to learn new things. Macam contohnya, bakar sate 😆😆

Malam raya bergotong-royong mencucuk sate 

Tokey sate in the house! 

Raya tahun ni kami ke Karak dan Bilut macam tahun yang sudah juga. Cuma bezanya i dah tak naik kereta mak abah. I naik dengan En Z ler hoho. Kami bawa atuk dan nenek sekali. Berbeza rasanya. Rasa dah besar hahaha

Next stop di Rembau, kampung abah. Jumpa sedara mara, borak-borak jap. Lepastu tidur. Penat gilaa raya tahun ni.

Raya ketiga di rumah MIL. Akhirnya, kami dapat beraya bersama-sama. Nama pun raya kan, berjalan laaa apalagi. Haha. Kami ke Lukut singgah rumah makcik, terima tetamu datang. Raya keempat ke Bagan Pinang, Kuala Pilah dan Jelebu. Seronok sangat. Tapi penat takyah cite laa haha.

Bila beraya ni satu je masalah dia, kita susah nak jumpa nasi. Jadinya bila jumpa nasi tu macam tak makan nasi sebulan haha. Pengalaman betul.

Selasa --- dah kene mula kerja balik. Kejap betul rasanya. Tapi jangan risau raya kan sebulan. List rumah nak pergi raya pun dah ada, tunggu masa je 😝

Dalam kesibukan beraya tu, jangan lupa luangkan masa untuk puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Formula dia senang je kan, 30 hari + 6 hari = 1 tahun. Siapa taknak memang rugi 😬😬

K dah puas bebel, sis belanja beberapa gambar raya tahun ni,

till then, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin semuaaa!

Family photo of Raya 2018

Versi atas tangga rumah nenek

Hashtag raya berdua 

Raya with baby Faqeehah. Newborn of the year. 




Comments