Aktiviti Menarik di Taman Botani Shah Alam

Hujung minggu yang bermanfaat. Minggu lepas aku dengan dua ketul adik (Muiz dan Ami) ke Taman Botani Shah Alam bersama Bihah dan konco-konconya (baca: adik-adiknya).

Aku, Muiz dan Ami pertama kali ke Taman Botani ni. Mujur ada Bihah, dia memang dah sebati dengan tempat ni sebab dia intern dekat situ. Tapi kami tetap kene bayar la tiket masuk haha


Mungkin disebabkan tempat ni tak cukup viral lagi, so tak ramai orang tahu tentang aktiviti yang boleh kita buat dekat ini. Bagi aku, tempat ni sangat menarik untuk seisi keluarga. Yelah, daripada biarkan anak-anak main game atau gadjet di rumah, ada bagusnya bawak ke tempat macam ni. Dapat tadabbur alam sekitar, luangkan masa dengan family dan buat aktiviti menarik bersama-sama.

Macam-macam benda boleh buat di sini. Boleh berbasikal, memanah, berkayak, masuk ke Rumah 4 Musim, k ni femes la kot dan macam-macam lagi.

Bayaran:
Tiket masuk: RM3 Dewasa, RM1 Kanak-kanak
Sewa basikal: RM15/basikal biasa, RM30/basikal power sikit (aku lupa nama dia) hahahaa, RM20/basikal yang ada baby carrier
Tiket Rumah 4 Musim: RM3/seorang

Dan selebihnya boleh usha gambar-gambar di bawah;





Kami pulang dengan kepenatan dan semua orang tido dengan sangat nyenyak sampai asar haha.

Sekian, semoga bermanfaat!

Comments