Travelog : Aquaria KLCC

Di usia 22 tahun ni barulah berpeluang ke Aquaria KLCC. Teringat masa kekecik dulu lepas UPSR, sekolah aku ada buat aktiviti ke Aquaria KLCC ni. Tapi disebabkan masa tu ekonomi keluarga agak meruncing, abah takde duit nak kasi duit yuran. Jadi aku pun kuburkan jela niat nak pergi tu. Lepastu lansung tak terfikir pun nak pergi semula.

Dan bila Sabrena bagitahu dia nak datang KL, dia pun suggest nak pergi Aquaria. Jadi, aku pun ON la hehehe 😆


TIket masuk: RM69
Bawa IC: RM49
Bawak IC + Student card: RM39

Sakit jugak la jiwa bila yang lain bawak matrik card, aku terlupa. Erghhh rugi RM10 huwaaa

“Bukan kau selalu pesan ke, kalau keluar bawa matric card nanti dapat banyak offer”
“Ergh aku lupa ah”

Tips: Boleh tengok jadual feeding ikan-ikan tu dalam website Aquaria KLCC. Harini kitorang dapat tengok Shark Feeding. Seronok!

Klik sini untuk → Feeding Schedule 

Sebab aku rasa dah lama tak tengok shark, so excited gak laa nak tengok shark ni. And semestinya excited nak masuk lorong aquarium yang memenuhi ruang sekeliling. Just imagine shark besar gila lalu atas kau. Walaupun dalam kaca tapi rasa macam dekat gila hahaha. K sis over.



Tujuan sebenarnya ialah kami nak pergi BioMalaysia fair dekat Kuala Lumpur Convention Center. Hehe. Tapi yelah, apa salahnya sambil menyelam minum air. Dapat pulak makan hokaido cheese tart masa on the way balik, fuhh heaven!



Alhamdulillah. Satu lagi tempat best kat Malaysia aku dah pergi.Yeah, dah boleh tambah koleksi Lifebuuk.


Terima kasih daun keladi buat sabren, b, elis yang sudi melayan. Jumpa lagi nanti! 

Comments