Internship Diary
Tak sangka 10 minggu internship berlalu dengan sangat pantas
Aku teringat masa hari pertama aku melaporkan diri, dengan
baju kurung, kasut sandal bertutup. Sumpah ayu tapi tak kena! Hahaha. Ini
kilang dik, tak sesuai. Melaporkan diri seminggu lepas cuti raya aidilfitri.
Jadi, pakai baju kurung ke kilang memang jadi bahan jela. Silapnya aku tak
perasan emel offer tu ada nota kaki kat bawah suruh bawak safety shoes.
Conclusion, first day dah fail.
“Eh awak pakai baju
kurung ke? Hm Selamat Hari Raya!”
3 hari aku tersalah tempat. Bos production plant ingat aku
kos Biotechnology Engineering. They expected an engineer. Malangnya segala
terms dan bahasa engineer diorang satu hape pun aku tak faham. So I cant help
much. Setelah berbincang panjang, akhirnya bos berbesar hati nak tukarkan aku
ke department lain. Yeah, now im going to be part of Quality Control.
Akhirnyaa, aku masuk lab. Hewhew
Bermulalah hidup dalam lab. Awkward sangaaat. Sebab terlalu
protocol jika dibandingkan dengan production plant. Dah nama pun quality
control, haruslah mengekalkan kualiti di tahap paling maksima. Tapi disebabkan
aku ni jenis manusia mudah adapt, takde masalah la. Campak dalam hutan pun
maybe aku boleh kawan dengan rimau kahkah *ni over*
Dulu masa kekecik aku suka tengok kartun yang dalam lab. Rasa
macam cool bila dia campur cecair oren dengan biru jadi hijau. Pastu meletup-letup.
Ada buih-buih. Hahaha. Nampak gempak. Bila kerja betul-betul dalam lab. Memang benda
tu real. Gila tak teruja, best gilaa kot haha
Walaupun ada ramai pakcik-pakcik dalam lab. Aku rasa semua
sangat membantu. Baik, fatherly, pemurah dan macam-macam lagi. Aku rasa
selamat. Terasa macam banyak bodyguard. Haha. And I learnt to not to say “Saya
lapar” sebab nanti ada je insan yang bersimpati. Haha. Aku tak berniat pun. Dan
sememangnya semua orang pun sangat baik dengan aku. Kalau ingat ni mesti
terharu jiddan. Haih.
Aku ambil sambal belacan dekat café, makcik café kasi free
je
Minggu terakhir ambil sarapan, 3 hari berderet makcik café
tak kira. Free je.
Aku baru ambil lauk, sekali pakcik lab lalu scan kupon
makanan, suruh aku amek apa aku nak makan
Aku baru cakap lapar, pakcik lab ajak pergi café belanja
makan
Aku bagitahu aku tak sempat sarapan, pakcik lab bagi karipap dekat aku
Aku dah penat gila buat testing, last-last pakcik lab yang
sambung sebab tengok aku dah lembik haha
Reagent habis, pakcik lab yang buatkan sebab takut tangan
aku melecur terkena chemical
Terlalu banyak kebaikan kalau nak list, tapi saje aku
listkan supaya aku tak lupa jasa baik pakcik-pakcik ni semua. Tanpa
pakcik-pakcik ni semua, mesti aku tak dapat belajar banyak benda. Aku tak
stress pun pergi kerja, seronok lagi ada. Rasa secure habis. Staff yang lain
pun sangat laa baik. Mak siti memang jadi mak angkat terbaik dalam lab. Kak
fina peneman breakfast yang setia tak pernah tak tunggu aku makan. Hehehe.
Walaupun terlalu banyak kali pakcik-pakcik tu semua suruh
aku apply kerja dekat sana, tapi aku terpaksa tolak. Percayalah kadang-kadang
kita terpaksa lepaskan peluang yang ada untuk sesuatu yang lebih baik. Doakan
lah saya ya semua. Mesti ada hikmahnya.
Kepada semuaaaa yang terlibat,
Terima kasih untuk semua kenangan. Terima kasih untuk semua
pengalaman.
Nanti kalau saya nak kahwin saya jemput semua okeh 😆
Comments
Post a Comment