Si Comel Ethan
Cerita dua hari lepas, aku terpaksa balik ke Kuala Lumpur selepas
mendapat perkhabaran wan yang sakit tenat. Dan kepulangan secara mengejut itu
menemukan aku dengan Ethan.
Ethan, mengingatkan aku pada Tom Cruise dalam filem Mission
Impossibble 😁
Oh budak kecik comel ni aku jumpa masa dalam flight Air Asia
dari Kuching ke Kuala Lumpur. Aku rasa memang style Air Asia kalau book flight
lambat dapat duduk dekat Hot Seat. Nice laa. Hot seat kan.
So yeah hot seat telah menemukan aku dengan Ethan yang
comel. Ethan bersama neneknya dari Bau travel ke Kuala Lumpur untuk berjumpa
ibu Ethan di Melaka.
Since nenek ni pun macam ramah juga, so kami pun berborak
sambil memecah kesunyian di ruang udara hewhew
“Ni cucu nenek ke?”
“Ya. Saya jaga dia dari lahir, dah 3 bulan dah”
“Oh ya ka. Comel betul. Ni nenek mau pergi mana?”
“Mau jumpa ibu dia. Saya suruh ibu dia berhenti kerja jaga
anak-anak. Kami ni dah tua tak larat nak jaga anak kecil. Ni nak jumpa mak dia
nak bawak dia balik sini dengan semua barang”
“Dia tidak menyusu badan?”
“Tidak. Sebulan jak. Lepas tu terus minum susu botol jak
sebab mak dia dah balik kerja”
“Oh ya ka, lepas ni mak dia pindah balik Sarawak?”
“Ya, semua pindah balik sini”
And the conversation went well sampai la kami selamat
mendarat di KLIA2. Mujurlah aku jumpa nenek ni. Banyak betul barang dia. Dapat la
aku tolong bawakan.
Thinking of this, besar pengorbanan nenek budak ni. Besar
juga pengorbanan ibu dia. Siapalah kita nak menilai kan?
Looking at this cute liltle boy, my heart melts. Haih. Dia
buat aku rasa tak nak kerja lepas kawen. Am I too far? 😅
Hope to see you again, Ethan!
Much love,
Marjanaady
*post ini ditulis pada hari pulang ke Kuala Lumpur (2 Mei
2017)
P/S: Arwah wan telah kembali ke Rahmatullah pada 3 Mei 2017,
jam 6.03 petang. Sedekahkah al-fatihah buat wan. Semoga beliau ditempatkan
dalam kalangan orang-orang soleh.
Comments
Post a Comment