Final Year Project 2, done!
Alhamdulillah. I can proudly said that I’m done with my
Final Year Project 2! Yehuuu! 🙆
Seawal pukul 10.30 pagi aku dah ada dalam bilik presentation
tu. Datang awal pun sebab nak tengok flow pembentangan projek member-member. Dapat
la jugak idea soalan spot untuk part aku nanti. Tapi jadi orang yang terakhir
present serious rasa macam bosan gila. Lama kot nak tunggu sampai pukul 4.30
petang!
Disebabkan salah seorang member aku present pagi, so okay la
kita datang kasi support sikit.
“Aku rasa kau nanti mesti kene tanya teruk. Sebab muka kau
tu confidence sangat” – Isfa
“Ehh dah tu aku nak buat muka macam mana lagi, stress ah aku
dengan kau ni” – Aku
Aku tau dia saje nak kenakan aku. But still mulut dia ni
boleh tahan masin dia.
Dan selepas beberapa kali rehat – seriously lama gila nak
sampai pukul 4.30 petang tu aku rasa. Masa dah pukul 4 petang tu. Aku dah
berdebar macam apa dah. Aku fikir cepatlah selesai cepatlah selesai. Tak mampu
dah hahaha
“Last presenter of the day, to present her FYP entitled
-------“ – Chairperson
Akhirnyaaaa, what a relief!
Aku pun present laa sampai habis. Alhamdulillah semuanya
smooth je. Betullah, practice makes perfect. Itulah pentingnya preparation
awal! Hehe
Sampai lah masa Q & A. Disebabkan examiner aku memang
dari awal dah aktif tembak semua orang, aku dah prepare dia mesti nak tembak
aku gak ni. And yes, sangkaan aku tak meleset lansung! Plus, im the worst
person yang kene tembak bertalu-talu! Hahaha. Aku taktahu berapa kali cubaan
aku nak off slides and blah, tapi the examiner keep asking the next questions
sampai laa last tu aku dah blur sebab soalan dia belit tahap super saiya. Hahaha
Sebenarnya aku tahu jawapan dia. Sebab sebelum ke depan tu PG
(postgrad student) lab aku dah pesan examiner akan tanya kefahaman je. Make sure
faham bebetul soalan dia. Tapi disebabkan dah 2 kali dia pergi rephrase soalan
tu sampai aku dah hilang keyakinan nak jawab hahaha. Paling win tu otak aku interpret
jawapan tu dalam gambar. So aku taktahu nak describe cemana. Dengan cuak nya
lagi. Memang kosong ah otak aku masatu.
Dan akhirnya the examiner melepaskan aku ke tempat duduk
asal. Phewwwww. Know what? Tu sesi Q & A paling lama untuk sesi harini! 😳
Perasaan masa tu macam lega, tapi macam sakit hati gak tak
dapat jawab haha
Aku terus menuju laju ke meja di mana labmates berkumpul,
“Apa sebenarnya Dr tu nak tadi? Saya tak faham” – Aku
“Dia nak uji kamu je tadi. Dia bagitahu kalau bla bla bla
bla apa jadi? Tahu tak apa jawapan dia? – PG student
“Sebab dia akan jadi macam bla bla bla kan? – Aku
“Haaa betul la tu. Kenapa tak cakap tadi? – PG student
“Sebab saya taktahu nak cakap cemana” – Aku
Huwaaaa bapak sedih. My beloved supervisor pun lalu, dan
menyapa kami semua,
“Alhamdulillah Im proud of all your presentation today. Semua
nampak confidence. Bukan senang nak berdiri dekat depan tu dan bentang hasil
FYP kamu semua. Haqi okay. Marjana steady je dari awal. Ad okay. Nazey pun okay
cuma kene serious sikit” – Ms SV
“Marjana, awak okay tadi jawab soalan tu. Cuma mungkin sebab
awak boleh jawab semua sebab tu yang last tu Dr pusing baik punya sampai awak
tak dapat jawab. Sebenarnya dia tanya basic je tu” – Ms SV
“Saya tahuuu, huhuhuhuhuhuhuhu” – Aku
“Takpelah, overall semua okay. Saya puas hati dengan semua presentation harini. Tahniah semua” – Ms SV
Dan kami pun bersurai.
So moral dia, muka takyah konfiden sangat. Haha!
Masa dekat luar bilik presentation, sempat miss tegur aku,
“Petang ni semua orang pun dah lesu dah. Pagi tadi saya
nampak Marjana berseri betul” – Ms SV
Hahahaha aku tau maksud dia sebab aku pun rasa cam selekeh
gila petang tadi. Maklumlah dah pukul 4.30 petang. Daripada pagi kot bertapa 😂
So yeah, im gonna miss this seriously. Will read this again
in the future for sure. Terima kasih jugak yang datang support, labmates yang
super supportive, semoga kita sama-sama berjaya dengan cemerlang! 💪
All the best for the rest of the team, esok! Ganbatte! 💪💪
Comments
Post a Comment