Coretan Hati
Sang murobbiyah berkata,
“Kalau kita tidak menyibukkan diri dengan perkara kebaikan
nescaya Allah akan sibukkan diri kita dengan perkara yang sia-sia”
Hidup sebagai pelajar yang penuh dengan assignments,
labworks, tentu memenatkan bila turut bergiat aktif dalam aktiviti persatuan.
Tak dinafikan memang sangat penat. Serious. Tapi bila fikir balik,
sekurang-kurangnya masa yang penuh terisi tampak berkat. Sekurang-kurangnya
masa diisi dengan kebaikan dan perkara yang memanfaatkan orang lain.
Aku pun pernah rasa marah dan tertekan. Walaupun marah tu
tak tahu nak ditujukan kepada siapa. Tapi biasalah, aku juga manusia. Penuh
cela dan takkan pernah sempurna.
Dan selepas segala kepayahan berkurang sikit demi sedikit.
Masa aku makin banyak. Sekarang makin lapang.
Percaya atau tidak? Aku bosan. Aku rindukan masa aku yang
sibuk, yang terisi dengan program yang memenatkan badan. Sekurang-kurangnya
jiwa aku turut terisi. Bila dah lapang ni, aku rasa kosong. Jiwa aku kering.
Betapa beruntungnya hidup dalam jalan yang penuh dengan
perkara kebaikan. Aku yang ada masa luang sikit pun dah rasa serba salah. Rasa
nak cepat-cepat beli buku baru, baca website-website ilmiah sebab nak tambah
ilmu. Sebab aku takut, masa aku terbuang macam tu je tanpa bermanfaat kepada orang
lain.
Betapa beruntungnya hidup orang yang sentiasa berfikir
masalah ummat, masalah rakan-rakan sekeliling dalam membantu mereka mendekati
Allah.
Kadang-kadang aku terfikir, kalaulah dulu aku tak jumpa
‘mereka’, mungkin aku dah lama hanyut. Syukur pada Tuhan. Alhamdulillah. Terima
kasih untuk nikmat yang tak terhingga ini. *nangis
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin,
diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang
pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji
yang benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah
yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan
jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar” – At
Taubah: 111
Comments
Post a Comment