Pertama Kali 'Scaling'
Semasa cuti pertengahan sem yang lepas, aku sempat ke klinik
pergigian berdekatan rumah untuk membuat ‘scaling’ atau bahasa mudahnya cuci
gigi. Selama hidup 21 tahun ni, aku tak pernah sekalipun menjalankan rawatan
tersebut. Atas nasihat seorang doktor gigi di Sarawak, jadi aku pun dengan
gigihnya ke klinik gigi tersebut untuk mendapatkan rawatan.
Sebenarnya, lepas kehilangan 2 batang gigi pada tahun 2016, aku jadi lebih concern dengan penjagaan gigi. Makan aiskrim pun dah jarang, huhu. Serik weh. Berbekalkan RM100 pemberian abah, aku menuju ke kaunter pembayaran.
Sebenarnya, lepas kehilangan 2 batang gigi pada tahun 2016, aku jadi lebih concern dengan penjagaan gigi. Makan aiskrim pun dah jarang, huhu. Serik weh. Berbekalkan RM100 pemberian abah, aku menuju ke kaunter pembayaran.
“Assalamualaikum. Nak tanya kalau nak buat scaling berapa ya
kos rawatan dia?”
“Kos rawatan dari RM50-150 mengikut ketebalan karang.”
Lepastu aku pun terus menunggu panggilan nurse ke dalam
bilik rawatan dengan harapan karang aku tak tebal sangat jakgi tak cukup pulak
duit haha
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Ada la jugak
berdarah-darah, tapi rasa memang bersih la gigi.
Sebelum keluar dari bilik rawatan, doktor yang baik tu pesan
tips penjagaan gigi. Meh nak share.
Tips Penjagaan Gigi
1.
Sebaiknya ‘scaling’
dilakukan sekali setahun. Bak kata doktor tu, sempat la karang tu nak tebal
sikit, baru sedap nak cuci haha
2.
Gosok gigi paling kurang 2x
sehari
3.
Gunakan flos gigi untuk
buang makanan tersekat di celah gigi
4.
Gunakan mouthwash (lesterine
etc) sebelum tidur dengan 3 syarat (Jangan campur dengan air, jangan kumur
dengan air selepas menggunakan mouthwash, jangan minum air selepas tu)
Kredit: Klinik Pergigian Utama, Teluk Panglima Garang
Sebelum aku pun terlupa, bagus aku share dekat sini. Nanti senang
nak rujuk sekali.
Haa, yang tak pernah scaling tu, jangan berlengah lagi. Dapatkan
klinik gigi terhampir anda sekarang. Kalau nak murah pergi klinik kerajaan, RM1
je. Kalau nak cepat pergi la klinik swasta, harga ikut ketebalan karang anda. Kos
rawatan haritu RM90.
Penulisan ilmiah sekali-sekala. Semoga bermanfaat!