First Impression
18 Februari 2017 | SABTU
‘Tulis nama dekat bahagian atas sekali, lepastu lipat. Pass
kertas pada orang sebelah. Orang sebelah akan tulis first impression tentang
nama atas kertas tu. Dan pass lagi sampai semua orang tulis.’
And the paper went around
Berkenalan dengan orang baru ni lebih seronok kalau
disertakan dengan ‘game’ untuk pengukuhan ukhwah. Game ni akan berjaya kalau
kebanyakkan peserta memang baru pertama kali jumpa. Masatu baru la keluar yang
pelik-pelik wal negative.
Rasanya sejak mengenali game ni, tak pernah lagi lah sistur
dapat yang negative sangat. Selalunya benda sama je. Bebudak sanguine ni memang
menyerlah haha susah nak sorok perangai.
Tapi rata-rata first impression memang bad thought or
negative values. Contohnya sombong, berlagak, tak mesra, tak friendly..and the
list goes on.
Sebenarnya mentality kita yang dah di set macam tu. Kita senang
nak suruh orang ber-husnuzon (baca: bersangka baik) tapi diri sendiri susah nak
amal. Bila kita nampak orang lalu pun kita boleh judge sesuka hati je, apatah
lagi yang memang sekelas ke apa ke.
Mungkin ni sangat biasa di kalangan perempuan, well I donno
the opposite gender how they react to strangers. Tapi kaum wanita ni memang
selalunya negative laa haha can’t deny that
Bersangka baik ni sebenarnya kene banyak practice. Yes, kan
ticer sekolah kata ‘Practice makes perfect’. Same goes to this one. Kalau nampak
orang tu muka dia masam je, cuba try didik minda tu untuk interpret perkara
yang murni-murni je. Mungkin dia sakit perut, kucing dia mati, experiment dia
gagal atau sebagainya.
Kebenarannya adalah bersangka baik ni susah. Tapi tahukah
anda ia adalah peringkat ukhuwah yang paling rendah. Ya, tak tipu punya. Paling
bawah sekali, berlapang dada. Jadi sama lah tu. Bila kita boleh bersangka baik,
secara tak lansung kita dapat berlapang dada dengan seseorang tu.
Jadi, marilah kita bersama mempraktikkan husnuzon dalam
kehidupan seharian!
Sila jangan dengki sangat. Ni orang lain yang tulis kot. I tatauuu
hahaha 😆