Travelog : Phuket

24 Januari 2017 | SELASA

Alhamdulillah, satu lagi tempat menarik di Thailand telah dijejaki!

3 Hari 2 Malam di Phuket, not bad. I had fun! And I can say it’s a very good bonding time for me and my PaMa

Sorry to say, but I keep comparing between Phuket and Krabi. Taktahu kenapa, it’s reflex action 😁

Pengangkutan

So trip ke Phuket ni sebenarnya sangat unplanned trip. Sebenarnya mak dengan abah je yang pergi, tapi aku insist nak ikut haha. So I bought my own flight ticket which cost me RM200+ jugak masatu sebab dah dekat. Tapi sebab rasa meroyan hidup sem 5, so I guess it’s okay to have some time for vacation weee

Di Phuket, kami (aku, abah, mak) banyak jalan kaki (baca: exercise) dan sewa moto jek sebab murah dan senang.

Jalan di Phuket sentiasa sesak dengan kenderaan, compared to Aonang Krabi, yang lebih tenang and boleh bawak 20 km/h tapi Phuket ni kene pantas kalau tak kene langgar haha

Penginapan

Kami menginap di Yaya Residence. Phuket ni sangat unplanned sampai hotel tu main walk in je. Yang dekat Agoda pun dah mahal. So acah redah jela. Alhamdulillah, dapat tempat yang selesa dengan harga. 140 baht per night untuk 3 orang. Not bad. Syukur juga, hotel tu terletak dekat dengan masjid, dari area masjid tu memang kedai makan halal.

Makanan

I love Thai food! Rasanya kalau makan tomyam hari-hari pun sanggup ni. Serious sedap. Spice dia tu memang cukup.

Kalau seminggu stay Thailand memang boleh gemok bulat dan montel. Sila cuba. Makanan tak mahal sangat, abah kata kitorang order banyak dan harga makanan sangat murah. Aku tak tahu sebab aku makan je.

Kebanyakkan peniaga boleh berbahasa Kelantan. So komunikasi tu mudah sikit la walaupun kawe keno keceh kelate deh.

Ni kalau terkenang pun boleh terliur 
Pancake Phuket memang sedap dan murah. Recommended! 50-70 Baht sahaja.
Jus Manga original. sedaaaap. 80 Baht sahaja.

Tempat Lawatan

Phuket ni sebenarnya takde la banyak sangat tempat lawatan dia. Sebab kebanyakkan tarikan dia macam temple semua tu. So tak berapa nak sesuai la untuk Muslims.

Ni antara tempat yang boleh dilawati

➧Karon View Point
➧Patong Beach
➧Karon Beach
➧Elephant Trekking
➧James Bond Island
➧Night Market
➧Bangla Street
➧Bee Farm
➧Cashew Nut Factory

Selfie kasut satoo kali 

Bangla Street - tempat kebanyakkan Bar dan Kelab Malam, jenjalan boleh la
First time naik gajah, seronok tapi kesian gajah tu hmm im sorry little Dumbo 
Night Market di Patong Beach, berdekatan dengan Bangla Street

And I made one for myself. Treat yourself please 😍

Island Hoping

Hari kedua sangat sesuai untuk aktiviti island hoping. Untuk pengetahuan, dari Phuket ada 2 pakej yang ditawarkan iaitu James Bond Island dan Phi Phi Island. Selalunya, orang akan pilih James Bond Island, sebab Phi Phi Island boleh di access dari Krabi, dan lebih murah dari Krabi.

Jadi kami pun try ke James Bond Island. Not bad. Ada aktiviti berkayak, melalui gua dan swimming. Pakej ni takde snorkelling, sebab island dia keruh so boleh swimming je. Bagi aku agak tak puas la, most of the time dihabiskan atas cruise je. Tapi takpelah kan, pengalaman.

Batu ni macam simbol kepada James Bond Island 

Suasana sekitar James Bond Island
Aktiviti berkayak di Bat Cave. Setiap boat ada 1 boatman yang akan pandu kayak tu

Gambar dari dalam air, sis berjaya berenang k. Lautan sejuk sanggup kurenangi, gituhh 😆

Since ni adalah trip bersama PaMa, jadi aku tak take note sangat perbelanjaan dia hehehe. Sebab semua pun ditanggung beres kan.

Tapi kalau korang tanya, mana lagi best antara Krabi dengan Phuket? I will definitely answer Krabi!

Serious, aku boleh buat Krabi tu macam kampung dah, selamber je. Rasa lebih selamat

Bila dah balik dari Phuket tu, serious rasa gatal je nak beli tiket pergi Krabi. Masih mencari tarikh sesuai.

So yeah, till then, adios. Jaa ne!

View dari puncak bukit. Subhanallah sangat cantik! Siap berangin lagi *phewww pheww