Review : Mentaliti Jamban
30 Januari 2017 | ISNIN
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina!
Disebabkan lab tutup semalam, jadi dengan sedikit pujukan,
aku dan rumet baru (baca: Migha) keluar berjalan-jalan raya ke Kuching. Kami
sempat membeli buku di MPH The Spring Kuching. Alhamdulillah, ada offer.
Seronok! 😂
4 buku berjaya ‘diculik’. Salah satunya ialah buku Mentaliti
Jamban.
Ewwwwwwwwwwww, buku apa tu?
Credit: Google |
Mungkin aku memang jenis suka tajuk yang over atau menarik perhatian macam ni. Macam sebelum ni, aku tertarik nak baca buku Mak Kau Hijau terbitan KopiPress. Aku rasa tu hanya teknik pemasaran sebab walaupun tajuk dia macam tu, content dia memang terbaik. 10 bintang hakak kasi. 👍🌟
Back to the main topic, buku ni. Buku karya Khairul Abdullah
bertajuk Mentaliti Jamban. Dengan bangganya aku ulang ayat sama seperti masa
aku habis baca buku Mak Kau Hijau. Penulis telah berjaya menempatkan dirinya
dalam list ‘My Favourite Author’. Tahniah!
Dari tajuk, mentality jamban tu sendiri dah nampak
sebenarnya apa yang nak disampaikan. Ya, mengenai mentality, akhlak dan adab
orang Malaysia. Paling tak boleh tahan tu, hampir 80% dari cerita yang
disampaikan pernah kene kat batang hidung aku sendiri. Mungkin aku agak
ignorant, sebab aku buat taktahu je, sebab aku fikir mungkin aku je yang perasan.
Tapi kalau dah dibukukan dan ramai jugak yang menyokong, aku kira aku tak
keseorangan kot mengalami masalah ni.
Bila penulis membandingkan sikap masyarakat Malaysia dan
masyarakat luar negara, apa yang aku nampak jelas ialah perlu dan pentingnya kita
menjelajah ke negara orang bila berpeluang. Niat mengembara tu sendiri kene
betul. Bukan setakat nak update dekat Instagram lepastu nak like komen yang
belambak akhirnya tak membawa kepada apa-apa kemajuan hidup pun.
Dalam Islam pun kita ditekankan untuk mengembara dunia luar
untuk menimba ilmu dan pengajaran daripada masyarakat sekeliling. Mungkin
lepasni aku patut letak Eropah dalam travel-wishlist.
Surprisingly, aku baru je perasan lepas tengok blog inche
penulis, rupanya ni buku kedua dia selepas buku I'm Backpacker Europe yang mana aku
dah pernah baca pun! Haha, sila baca review di sini.
Jadi, untuk buku Mentaliti Jamban ni aku hadiahkan 10
bintang! Sangat terbaaaaik 👍👍
Okay dah, moving to the next book. 🙋