Mak Yang ke-4
Dalam hidup aku, aku ada Mak, Mama dan Umi. Baru-baru ni aku
dapat ‘Mak’ baru menjadikan beliau Mak yang ke-4. Yelah, mama dan umi pun mak juga
en.
Mak, mak yang melahirkan. Yang sama tarikh lahir. Sangat penyayang
dan teman bergaduh paling best 👍
Mama, kakak sulung abah. Mungkin sepatutnya dipanggil
Maklong tapi disebabkan aku ni manja time kekecik, dia panggil aku ‘Manja’
hahaha. Dah besar ni memang aku marah la kalau panggil cemtu lagi 😏
Umi, kakak kedua abah. Mungkin sepatutnya dipanggil Makngah
tapi disebabkan Umi takde anak perempuan, aku antara yang paling rapat jugak la
dengan Umi. Dan dengan takdir Allah, menantu Umi yang pertama pun nama dia
lebih kurang aku 😂
Mak yang ke-4 ni, mak usrah aku. Hehehee. Panjang en aku
intro. Haritu saje try test panggil beliau ‘Mak’ lepastu dia layan je. Nasib
laa dapat ‘anak’ nakal. Ni laa mak yang penat melayan anaknya dalam proses
mengenal tarbiyah dan pembinaan rohani. Terima kasih mak. Jasamu akan kukenang
sampai bila-bila. Tinggal beberapa purnama sahaja lagi sebelum meninggalkan
bumi ribath Sarawak. Adeh, touching betul lah bila ingat. Sobs. Doakan kami
tsabat dan qowiy ya Mak.
Nukilan yang agak rawak di malam selasa,
P/S: Ana akan merindui semua akhwat bila balik nanti,
percayalah! *nangis lelaju* 😭