Coretan #HIMMAH2016
8 Disember 2016 | KHAMIS
Sekembalinya dari #HIMMAH2016, I feel different!
Seolah-olah menyahut nama program itu sendiri, HIMMAH =
Keazaman. Walhal, HIMMAH disini bermaksud Himpunan Mahasiswa. Tapi boleh jugak
la, double meaning kan.
Dari Sarawak ke Dengkil tu sendiri merupakan satu mujahadah
yang besar. Pada masa yang sama ada 3 event besar yang rasanya penting sangat.
HIMMAH, program Biro Rekreasi dan Pertandingan Ping Pong FSTS. Jadi sangat
keliru bila rasa nak support program Biro rekreasi, yelah member baik kot.
Lepastu setelah satu sem menunggu akhirnya karnival sukan FSTS nak buat masa tu
gak. Dah la tengah gian nak lawan pingpong. Akhirnya, muncul HIMMAH. Walaupun
tak pernah pergi. Tapi aku dapat rasakan yang program ni mesti ohsem tahap giga.
Sebab PEMBINA seluruh Malaysia berkumpul kot.
Bila hati rasa lebih menjurus kepada HIMMAH. Next step, usha
tiket flight. Tu mujahadah kedua. Mahal bak hang. Balik cuti pun tak pernah
semahal tu. Lepastu tajdid niat balik. Bagitahu parents, diorang macam tak
kesah sangat. Sebenarnya sebab dah lama tak balik. Aku rasa diorang rindu
hewhew. So yeah, setel bab tu. Dan penantian ke HIMMAH tu memang penantian yang
dasyat. Berdebar sepanjang masa.
Bila dah sampai sana, Alhamdulillah semuanya baik baik
belaka! Bila Kak Hanan Othman menyapa dengan nama, rasa macam haiiiiiih ada
jugak orang kenal. Sis terharu. Mencari-cari jugak geng masa pergi Majlis
Pimpinan Universiti haritu. Tapi tak Nampak lagi, maybe dorm lain lain.
As expected, akhwat memang ohsem. Memula je nampak macam
shy-shy-cat. Lepastuuuu memang melekat tak habis. Bercerita sampai sudah.
Terjumpa Kak Hanan Humaira, dia baru balik BFG. Qowiyy nyaaaa akak. Sis kagum. Dalam
hati berdoa, semoga aku pun boleh jadi macam tu. Hopefully.
And yeah 3 hari yang padat sangat dengan pengisian yang
mengegarkan jiwa pemuda. Serious, semangat jadi berkobar-kobar lepas balik tu.
Itulah dia, HIMMAH!
Melahirkan ramai rijjal yang berjiwa Himmah Aliyah!
Tahniah team HIMMAH, in shaa Allah 2 tahun lagi kita jumpa