Ababil

27 Disember 2016 | SELASA

Masa usrah dengan hadek bulatan gumbira last week, salah seorang daripada adik-adik tu berkongsi cerita tentang pembuat drone ‘Ababil’, yang dibina untuk menewaskan Israel dibunuh dan mati syahid. Sangat terinspirasi dengan cerita tersebut. Tapi apa yang lebih menarik masatu adalah perkataan ‘Ababil’ tu sendiri.

Masa balik, terus bukak google cari Ababil. Yes, pernah dengar lagu Raihan, tajuk Ababil! Search Youtube, tengok lirik. K deep kuasa dua. Back to the prev Google tab, terus membaca tentang tentera Abraham yang dikalahkan oleh burung Ababil.


Kepada yang nak baca, klik link sebelah: Kisah Burung Ababil Menewaskan Tentera Bergajah Abrahah

It was amazing! Ulama mentafsirkan burung tu tak wujud pun, memang didatangkan khas oleh Allah untuk menjaga Kaabah masatu. Masha Allah. Allahu Akbar.

Lagu Ababil oleh kumpulan lejen Raihan tu adalah satu pendekatan yang sangat bagus. Untuk golongan yang payah faham sejarah macam sistur ni, pendekatan melalui lagu adalah cara terbaik untuk tarik minat menggali sendiri cerita dia. So yeah. Lirik second chorus dia memang deep ouch.

Ababil : Raihan

Bagai gempa bumi yang menggegarkan
Tentera bergajah Abrahah
Ingin memusnahkan Kota Mekah

Kerana dengki benci terhadap rumah Allah
Tiada yang mampu untuk membantu
Mukmin hanya berserah kepada yang empunya Kaabah
Yakin dan berdoa
Allah sendiri yang akan menjaganya

Ababil kisah benar dari Al-Quran
Ababil bukan hanya kisah dongengan
Ababil satu bukti bantuan Tuhan
Jika kita bertakwa dan bertawakal kepada-Nya

Burung-burung Ababil dikirim Allah
Melemparkan batu yang panas, batu dari neraka
Menghancurkan bala tentera Abrahah, tanda pembelaanya

Persoalannya mengapakah kita di zaman ini
Dipermainkan sesuka hati oleh musuh kita
Tiada pembelaan dari Tuhan untuk umat ini
Kerna cinta dunia dan takut mati
(al-wahan)
Cubalah kita koreksi diri

Youtube: Ababil, Raihan 

Ya, persoalan tu bermain diminda untuk beberapa hari lepas aku baca kisah tu. Well, mungkin aku agak terlambat untuk faham kisah ni. Tapi apa yang aku dapat simpulkan. Kita takkan dapat pertolongan selagi kita tak kembali pada Tuhan, sibuk dengan dunia. 

Tulisan ini daripada saya, untuk saya, yang hanya rakyat marhaen, hamba hina dina. Serious, diri sendiri pun jauh lagi. Tapi percayalah, it's never too late to change. 

Henshin!  💪💪