Ummah Prihatin
6 November 2016 | AHAD
Alhamdulillah. Sekali lagi berpeluang berprogram
dengan masyarakat setempat. Kali ni di Sekolah Pendidikan Khas.
Serious, tak pernah terbayang macam mana kehidupan budak-budak
kecik dari darjah 1 terpaksa tinggal di asrama dan jauh dari keluarga. Dah la tak
boleh bercakap, tak boleh dengar, family jauh, semua kene survive sendiri.
Tabahnyaa *sobsobsob*
Tapi bagusnya sekolah macam ni, sekurang-kurangnya
masih ada ruang untuk budak-budak ni untuk belajar jugak macam orang lain.
Paling tidak, boleh berdikari. Pakai makan semua
boleh setel sendiri.
Cukuplah dengan memandang adik-adik ni je dah rasa
insaf. Muhasabah dalam sikit. Allah dah bagi kita ni sempurna dah. Cukup segala
benda. Maka nikmat Tuhan yang manakah yang engkau dustakan?
Jujur, akak bangga dengan adik semua! Tabah, pandai hidup
berdikari, comel pulak tu mueheheheh #tetiba
Semoga usaha kami yang sedikit untuk mencantikkan kawasan
sekolah bermanfaat kepada banyak pihak. Mana tau lepasni adik-adik nampak je
pokok bunga akak-abang ni tanam, terus teringat kitorang
In shaa Allah, lepasni banyak lagi boleh buat
program macam ni.
"Barangsiapa yang meringankan salah satu
kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan meringankan salah satu
kesusahannya di Hari Kiamat" - HR Muslim
Bersama adik(s) comel! |
Bila anda terlalu fokus dengar ucapan hoho |
Sis tolong amek gambar jer >,< |
Sebelum make over |
Selepas make over |
Sebelum make over |
Selepas make over |