Travelog : Pulau Perhentian
2 Ogos 2016 | SELASA
Alhamdulillah, Pulau Perhentian √
Pulau kedua yang berjaya dijejaki selepas Pulau Pangkor J
Overall Pulau Perhentian memang cantik, kalau bajet ciput,
nak rasa lari jap dari masalah, Pulau Perhentian is one of the best stop J Pulau tak ramai sangat
orang. Local people, orang Ganu memey peramoh toksah risau lah part tu kan.
Makan pun senang dan sedap! Ohmaii I love food in Terengganu! Sedap gilaa
First time ke Pulau Perhentian, kami menaiki flight dari
KUL-TGG. Tapi hakikatnya, route kami salah haha. Sepatutnya lebih dekat untuk
turun di airport Kota Bharu kalau nak ke Pulau Perhentian.
Kalau turun di airport Kuala Terengganu, perlu memandu
melalui Jalan Pantai atau Jerteh ke Kuala Besut yang mengambil masa lebih
kurang 1 jam 30 minit atau lebih. Jalan kampung so tak boleh nak laju sangat.
Lebih dekat melalui Jalan Pantai.
Kalau turun di airport Kota Bharu, perjalanan ke Kuala Besut
lebih dekat. Jimat masa.
Plan ke Pulau Perhentian ni sebenarnya dari setahun yang
lepas, lepas kami dapat beli free seat ke Kuala Terengganu dengan hanya RM19.80
seorang untuk tiket penerbangan pergi balik! Seronok!
Bila dah nak dekat fly baru nak fikir nak cari place to
stay, pakej island hoping etc. Dan tempoh setahun tu cukup sangat nak mengumpul
duit, sebab dah ada target en. Yang penting boleh pergi travel hoho
Plan awal nak naik teksi dari airport Kuala Terengganu ke
Kuala Besut, tapi memandangkan mahal gila. Kami memikirkan alternative yang
lebih murah, iaitu sewa kereta!
Teksi rate, Kuala Terengganu ke Kuala Besut lebih kurang
RM120 sehala
Sewa Kereta rate (Viva Auto) untuk 28 Jam, RM115. Aku bet ni
habis jimat dah. Sebab Viva Auto ni pun tak kuat minyak. Overall minyak RM35
je. Nais habis J
Since flight kami agak pendek sebab sampai petang dan kene
balik pagi. Jadi kami decide untuk stay di Kuala Besut, so pepagi esok nya kami
amek day trip package ke Pulau Perhentian.
Pukul 8.10 pagi kami menaiki boat ke Marine Park, Taman Laut
Pulau Perhentian memang cantik, Subhanallah tak tipu cantik J
Seterusnya pergi snorkelling! Kami pergi 3 checkpoint, coral
point, shark point dan turtle point J
Last stop di Long Beach Pulau Perhentian Kecil J Memang cantik. Makan
pun sedap. Tapi agak costly. But seriously bila kau dah penat mandi sakan tu,
dengan panasnya, semua rasa sedap. Hahaha
Total cost untuk basic, RM183.30 sahaja!
Return Flight (Air Asia) – RM19.80
Iz Budget Motel, Kuala Besut – RM104/4 orang
Kereta Sewa + Minyak – RM150/4 orang
Day Trip Pulau Perhentian (Return boat transfer, Island
Hoping, Snorkelling Equipment) – RM100
*Total cost ialah harga per individu selepas dibahagi empat*
Day trip route, Jeti Kuala Besut à Taman laut Pulau Perhentian à Coral Point à Shark point à Turtle point à Long Beach à Jeti Kuala Besut
So yeah, semoga bermanfaat!