Senarai Aksesori Wajib Milik SJ4000

15 Ogos 2016 | ISNIN

Setelah membeli SJ4000 dengan jayanya di Lazada, aku rasa ia satu investment yang baik la. Walaupun ada orang kata, alaa kau bukannya snorkelling setiap bulan pun hahaah. Ni semua ayat berbaur dengki je ni J

Kepada newbie yang baru nak berjinak-jinak main dengan action cam, entry ni mungkin banyak membantu dalam memilih aksesori yang perlu untuk korang ada for future great used J

1. Protective case


Aku pernah baca satu artikel kamera ni, good camera should come with a great protective bag. Dia macam kalau kau ada kamera mahal, tapi cara penyimpanan out, tak guna jugak. Cepat laa kamera kau rusak. Hoho

Masa beli kamera ni dulu, dapat percum protective case yang kecik tu. Saiz dia muat-muat untuk letak action cam je. So aku beli yang besar sikit. So kalau travel, aku akan bawa beg yang besar tu je. Lengkap semua benda dah letak dalam tu.

And yes, i love Original haha

2. Monopod


Kalau nak selfie ramai-ramai kenkadang tangan tu tak cukup panjang. Dapat pulak ahli selfie tu comey belako. Jadi perlu lah selfie stick/monopod sebagai alat bantuan. Lagipun kalau nak shoot gambar bergerak ke apa, sambil pegang monopod dia jadi tak penat sangat.

Dan juga boleh shoot dari angle ketinggian yang berbeza, atau shoot kat tempat sempit. Menarik!

3. Floating bobber


Benda ni aku beli dari supplier barang action cam. Maybe senang je boleh cari dekat Instagram/online website belambak. Aku beli dengan hanya RM15 per pcs. Masatu ada sale Raya. So aku rembat jelah satu haha.

Serious sangat berguna untuk kaki snorkelling atau those who love water sport. Pentingnya untuk didatangkan sekali dengan strap tu supaya nanti masa snorkelling action cam tu tak terlepas.

Dan sangat lah terapung dengan jaya bila terlepas. Serious talk, gambar dalam air sangat smart.

So this one is highly recommended!

4. Lens Protector


Yang ni aksesori yang tak berapa wajib UNLESS kau suka guna camera tanpa waterproof casing.

Bila pakai waterproof casing camera akan jadi besar. Padahal camera ni kecik gila boleh masuk poket je. So kalau kau berhasrat nak letak dalam poket je, lens protector ni agak vital untuk dimiliki. At least dia boleh bagi protection kat lens daripada sebarang calaran atau habuk degil.

Aku beli je sebab aku ni super details dalam barang-barang kesayangan. So aku guna masa nak simpan. So takde lah berhabuk hohoho


So yeah, aku rasa tu je kot. hopefully bermanfaat!