Travelog : Sabah

23 Julai 2016 | SABTU

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki ke bumi bawah bayu. Dengan ini tamatlah penjelajahan seluruh Malaysia, yeay! Malaysia boleh J

Bagi aku Sabah boleh disimpulkan dengan hanya 1 perkataan, Beautiful!

Kami berjaya melawat Kota Kinabalu dan Kundasang dalam masa 3H2M, alhamdulillah thorbek J

Persekitaran, pemandangan, makanan, budaya, penduduk tempatan arghh terlalu banyak untuk diceritakan dalam satu entry. Lemme share this J

Hasrat ke Kota Kinabalu tercetus selepas aku tengok Malindo Air buat promosi sempena Anniversary yang ke-3. Dengan sepantas kilat aku Whatsapp sepupu terchenta menyatakan hasrat dan mengajak si dia sekiranya berminat. Disebabkan kami memang susah-gila-nak-jumpa jadi vacation ni kira macam short escape kami la hehehe

Pengangkutan

Hanya dengan RM182.32 seorang kami berjaya membeli tiket pergi balik KUL-BKI-KUL dengan Malindo Air. Bagi aku harga ni sangat berbaloi memandangkan Malindo Air dah siap provide luggage 30KG dan snack ringan untuk alas perut. Not bad kan?

Untuk perjalanan selama di Sabah, kami menyewa sebuah Kancil Auto dengan kadar RM120 sahaja. Minyak pun jimat. Hehe. 

Penginapan

Berada 3H2M di Sabah, kami menginap sehari di Kota Kinabalu dan sehari di Kundasang.

Di Kota Kinabalu, kami menyewa di Switz Paradise Hotel. Harga tempahan melalui Agoda.com ialah RM70.35 semalam untuk bilik 2 orang.

Hotel ni selesa tapi tak menyediakan sarapan dan parking berbayar. Part parking berbayar tu aku tak suka sangat. Mahal weh.

Di Kundasang pula, kami menginap di Nabalu Kundasang Lodge yang telah ditukar nama baru kepada Puteri Nabalu.

Hotel ni superb! Bilik selesa sangat. Memandangkan Kundasang overly sejuk jadi bilik ni takde aircond cuma ada kipas. Well, tu pun tak pernah pasang sebab sejuk gila ohmaii. Sarapan pun tak disediakan. Tapi parking percuma! Jarak dari hotel ke Desa Dairy Farm hanya 10-15 minit.


Nabalu Kundasang Lodge

Budaya

Pusat Bandar Kota Kinabalu sangat sibuk. Dan melalui pemerhatian, agak susah jugak mencari restoran Halal sekitar bandar. Aku assume kebanyakan penduduk tempatan lebih gemar makan di rumah hehe. Tapi aku tak kata takda, cuma pilihan tu agak kurang.

Kalau pun boleh tengok kebanyakan kedai makan yang ditulis ‘No Pork Served’ tapi ada jual arak. Lebih mengelirukan bila ada orang bertudung makan. Benda ni simple je, kalau rasa was-was better chow.

Makanan

As I mentioned before, makanan agak susah. Jadi mungkin alternative paling senang boleh makan fast food. KFC, Pizza Hut, Borenos senang dijumpai di sini.

Antara tempat yang aku singgah untuk makan;

- Restoran Restu Bonda & Katering, Asia City
- Gerai Sri Samudra, Pasar Filipino
- Kafe Sapi, Pulau Sapi
- Jesselton Point, Kota Kinabalu
- KFC

Since dah sampai KK, takkan lah nak melepaskan peluang makan seafood kan? So kami ke Gerai Sri Samudra di area Pasar Filipino untuk try seafood Sabah yang murah lagi sedap hehe. Memandangkan gerai tu ramai orang semenanjung makan, jadi kami pun try sekaki.

Dengan harga RM35 untuk 2 orang makan, kami dihidangkan dengan 2 nasi putih, Ikan Siakap 3 Rasa, udang goreng butter, sotong goreng tepung dan sayur campur. Seriously, the taste was SUPERB!

Tapi overall belanja makan di Sabah agak kasar. So prepare la duit lebih sikit. 




Aktiviti

Kami menjelajah Sabah dengan bantuan map yang kami ambil dari airport dan sudah tentunya Waze J


Sebelum sampai Sabah pun kami dah buat a few research untuk ke tempat-tempat menarik. Tapi bagi aku, kalau ke Sabah wajib untuk try watersport dekat sana.

Bertolak dari Jesselton Point, pelancong ditawarkan untuk ke 4 Pulau utama iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Mataking. Semua pulau ni optional. Macam aku, aku just pilih untuk pakej 2 pulau, Pulau Manukan dan Pulau Sapi.

Antara watersport yang boleh dicuba di pulau-pulau ini;

- Sea Walking
- Paragliding
- Jetski
- Banana boat
- Flying fish
- Snorkeling
- Swimming

Harga vary di setiap kaunter di Jesselton Point. Macam biasalah, siapa pandai bermulut manis, tawar menawar akan menang dalam battle harga hohoho

Pakej 2 pulau kami dapat dengan harga RM31 termasuk memacam fees. Bayo jelah sebab dah tak mampu nak dengar memacam nak kene bayo.

Jadi kami memilih untuk Sea Walking since kami kira benda ni agak baru dan tak semua tempat ada. Harga pakej watersport ni, RM145 seorang. Lepas dah tawar-tawar akhirnya ni jelah harga yang mereka boleh bagi. Termasuk sijil dan cd rakaman video dan gambar-gambar di dasar laut. Asyiiiik!

 Photo taken by: SJ4000

Photo taken by: SJ4000

Pengalaman pertama Sea Walking bagi aku terlalu-amat berharga. Sebenarnya aku jenis yang cepat panic dalam air. Yeah, its kind of my fear factor hehe. Tapi aku berjaya buktikan aku boleh! Malaysia boleh!

Best gilaa dapat pegang nemo jenjalan depan mata, tengok coral, usik-usik apabenda entah bawah tu, lepastu bagi ikan makan sampai ikan-ikan tu gigit jari-jari J Nak sea walking lagi!

Tempat Lawatan

Untuk tempat lawatan yang berbayar, kami sempat singgah ke beberapa tempat;

Muzium Sabah - RM2 
Rumah Terbalik – RM10.60
Desa Dairy Farm – RM5
Kinabalu Park – RM3


 Muzium Sabah

 Desa Dairy Farm


Rumah Terbalik

Seafood

Untuk para pelancong dari semenanjung yang berminat nak membawa balik seafood yang segar lagi murah, boleh dapatkan di Pasar Safma. Terletak bersebelahan dengan Pasar Filipino dan Pasar Kraftangan. Ada tulisan besar-besar tepi dinding tulis ‘menjual produk perikanan’. Haa sini memang syurga bagi penggemar seafood macam aku.



Hasil tangkapan aku di pasar tu, aku berjaya membeli 5KG seafood, yeayy! Hahaha. Aku just tak boleh terima harga dia murah sangat. Rasa macam nak tinggal Sabah je J

Harga yang dibeli:

Kerang – RM15/2 KG
Ketam size kecil – RM10/KG
Ketam size sederhana – RM15/KG
Udang – RM28/KG
Wrapping dan Upah – RM25

Untuk memastikan seafood tu segar yang boleh dibawa pulang dengan selamat, jadi abang jual ikan tu tolong la wrap-kan sekali. Dia akan letakkan dalam polistren dan bungkus lagi dalam kotak supaya tak bocor atau basah. Jadi, selamatlah untuk dibawa menaiki pesawat! J