Travelog : Itinerary dan Bajet Sabah 3H2M
24 Julai 2016 | AHAD
Masih tak boleh move on dari Sabah, seriously. Memandangkan
sekarang Sabah dalam musim hujan, so mungkin korang patut cek ramalan cuaca
dulu sebelum beli tiket, okay?
Mount of Kinabalu
Sebab driving ke Kundasang masa tengah hujan lebat memang
thriller habis. Kabus tebal di sepanjang jalan, dengan jalan berliku-liku nya. Dah
la kau bawak kancil hahaha. Kuasa kancil sangat comel. Masa mendaki tu redha
jelah. Biar lambat asal selamat.
Itinerary
Day 1
Airport à
Restu Bonda & Katering à
Check-in Hotel à
Muzium Sabah à
Pasar Kraftangan à
Pasar Filipino à
Kaison à
Hotel
Flight kami dari Kuala Lumpur sampai lebih kurang pukul
11.40 pagi. Lepas ambil bagasi semua, kami keluar dari airport untuk dapatkan
kereta sewa.
Sebelum apa-apa aktiviti, kita lunch dulu!
Mencari tempat lunch ni kira mencabar jugaklah. Akhirnya kami
jumpa tempat makan Melayu Islam, Restoran Restu Bonda & Katering.
Dah kenyang, kami pun check-in hotel, yang terletak sangat
hampir dengan kedai makan tadi. Selepas check-in Switz Paradise Hotel, kami
memulakan perjalanan ke destinasi pertama, Muzium Sabah!
Disebabkan petang tu hujan, jadi pergerakan kami agak
terbatas. Seterusnya, kami ke Pasar Kraftangan dan Pasar Filipino untuk
membeli-belah hehe. Dan disebabkan kami terkandas dalam hujan lebat, kami makan
malam di Gerai Sri Samudra. Makan malam harini berkonsepkan seafood, yummeh!
Gelang mutiara air masin, RM30/pcs
Sebelum balik ke hotel, kami singgah jenjalan di shopping
mall berhampiran, Centre Point untuk ke Kaison. Saje je cuci mata hahaa.
Kaison Sabah
Dan kembali ke hotel, hari pertama tamat!
Day 2
Check-out hotel à
Jesselton Point à
Pulau Manukan à
Pulau Sapi à
Pusat Bandar à
Rumah Terbalik à
Check-in hotel à
KFC à
Hotel
Bersiap di awal pagi, kami check-out hotel dan menuju ke
Jesselton Point.
Jesselton Point
Setelah mendapatkan pakej island hoping dan watersport, aku
membeli roti dan air mineral sebagai sarapan pagi (jimat haha)
Kami menaiki speed boat ke Pulau Manukan untuk aktiviti Sea
Walking pada jam 9 lebih pagi. Selepas aktiviti sea walking tamat, kami sempat
ber-snorkeling di pantai Pulau Manukan sebelum berpindah ke Pulau Sapi. Kami
sempat membeli lunch di Kafe Sapi di Pulau Sapi. Sebenarnya sebab nak jimat
masa. Tapi serious, mahal gila hahhaha. Nasi goreng seafood pedas, RM12. Jadi
kami share la bayar dua orang J
Bertolak dari Pulau Sapi ke daratan, kami tiba di daratan
pada pukul 2.30 pm dan terus menuju ke Kundasang. Perjalanan memang thriller
habis. Dengan hujan nya.
Dalam perjalanan kami singgah di Rumah Terbalik sebab dia on
the way nak ke Kundasang. Disebabkan sehala jadi kami pun berhenti.
Kami tiba di Nabalu Kundasang Lodge dalam pukul 5.30 petang
macam tu. Selesai check-in, dah siap-siap kami pun keluar semula. Kononnya nak
tengok sekeliling. Tapi masa tu pun dah gelap. Jalan pun sunyi je takde orang. Kedai
makan ada la beberapa area tu. Tapi kami pilih KFC sebab tu lah pilihan paling
selamat J
Pulang dalam kekenyangan, tamat hari kedua!
Day 3
Check-out hotel à
Desa Dairy Farm à
Kinabalu Park à
Pasar Kraftangan à
Pasar Safma à
Airport
Bangun pagi-pagi sebab nak tengok sunrise dan Gunung
Kinabalu. Subhanallah, superb! Cantik sangat panorama dia.
Bersarapan potato wedges baki KFC malam tadi dengan teh
Sabah yang dibekalkan oleh pihak hotel. Perghhh memang sodap. Dengan teh panas
di pagi hari yang sejuk. Asyiik!
Destinasi pertama di hari terakhir, kami ke Desa Dairy Farm.
Menjadi pelawat pertama, rasanya macam ‘Desa Dairy Farm ni kami yang punya’
Hahaha
Seterusnya kami terus menuju pulang ke Kota Kinabalu since
takut terlepas flight dan kami masih nak membeli belah kat sana hahahaa tak
puas kot.
Singgah di Pasar Kraftangan untuk beli souvenirs lagi. Dan
singgah di Pasar Safma untuk membeli seafood untuk dibawa pulang.
Dan habis last shopping kami pun menuju ke airport. Pukul 1
petang kami dah sampai kat airport. Check-in luggage lepastu lunch dekat
Jesselton Restaurant. Ni pun mahal. Tapi sebab dah lapar. Belasah jelah J
And yeah, kembali ke Kuala Lumpur dengan jayanya!
Bajet
Basic
Malindo Air Flight – RM182.32/Return
Switz Paradise Hotel : RM 70.35/2 PAX
Nabalu Kundasang Lodge : RM 116.40/2 PAX
Kereta kancil Auto : RM 120/2 PAX
Total Per Person: RM 335.70
*Total per person selepas dibahagi kepada dua*
Optional
2 Island Hoping + Student Fees : RM31
Sewa Life Jacket + Goggle : RM8
Sea Walking : RM145
Entrance Fees Pulau Manukan : RM3
Entrance Fees Muzium Sabah : RM2
Entrance Fees Rumah Terbalik : RM10.60
Entrance Fees Desa Dairy Farm : RM5
Entrance Fees Kinabalu Park : RM3
Untuk perbelanjaan lain, semuanya terpulang pada bajet dan
kehendak shopping haha
Berharap dapat peluang untuk ke Sabah lagi. Serious, banyak
lagi tempat yang nak pergi J
Semoga bermanfaat! J