Review : Mak Kau Hijau
11 Jun 2016 | ISNIN
6 Syawal J
Cuti raya ni aku berjaya menghabiskan tiga buah buku, let me
review the first one “Mak Kau Hijau” karya Emir Abu Khalil terbitan Kopi Press
Ini merupakan cubaan pertama aku membaca buku dari Kopi
Press. One word; Impressive!
Buku ni menceritakan tentang pengalaman Cikgu Emir yang
bersemangat dalam mencorakkan murid-murid di sekolahnya untuk menjadi insan
yang berguna. Aku sangat terinspirasi dan kagum dengan usaha murni cikgu ni.
Percayalah, kalau ada seorang pun cikgu macam ni dalam setiap sekolah di
Malaysia, gejala negative pasti dalam dikurangkan.
Aku akui generasi sekarang sangat berbeza. Jauh kehadapan
dalam teknologi tapi adab, ilek. Sedih. Belajar tak pandai, adab takde, apa nak
jadi?
Tak perlu pandang jauh-jauh. Adik-adik aku sendiri pun lebih
kurang je. Banyak lagi kerja yang aku kene buat. Aku terasa terpanggil,
serious. Kerja mendidik ni bukannya kerja mutlak cikgu. Cikgu hanya pemudah
cara sahaja. Sepatunya semua orang berperanan terutamanya ibu bapa, keluarga
terdekat, sahabat handai.
Penulis telah berjaya menempatkan diri dalam senarai penulis
kegemaran aku haha. Tulisan Cikgu Emir memang best. I’m waiting for the next
issue (if there is any) keep up the good work. Good job J